Pengikut

Rabu, 2 Februari 2011

KAYUH BASIKAL

(Basikal jenama Raleigh telah di kayuh dari Besut, Terengganu ke negeri Pahang, untuk meneruskan kehidupan. Penhijrahan berlaku lewat tahun 60-an)




Petrol naik lagi. Mana nak cari duit untuk mengisi minyak motosikal. Untuk menghantar anak ke sekolah penulis menggunakan motosikal, ia begitu praktikal dan mudah dikendalikan, di lorong-lorong kecil ataupun di celahan rumah jiran yang mana terdapat jalan pintas.

Peningkatan harga petrol merisaukan penulis. Kalaulah motosikal digerakkan dari tenaga air alangkah bertuahnya, air longkang di depan rumah penulis begitu banyak begitu juga dengan air hujan penulis boleh sambungkan terus saluran atap ke dalam tong.

Sekali tuang untuk mosikal 100cc dalam enam ringgit, itupun tangki belum cukup penuh. Ulang-alik untuk menghantar anak ke sekolah pagi dan petang ditambah tuisyen pada sebelah malam dapat bertahan dalam dua hari, lusa harus ditambah lagi. Itupun belum masuk penulis , gunakan untuk ke tmnet bayar bil, ke pasar beli ikan dan kegunaan peribadi yang lain......... Cukai jalan!.... tayar pancit, tayar botak, lining brek, rantai dan spoket lama-kelamaan haus juga.

Dalam termenung penulis berfikir, alangkah senangnya orang tua kita dulu mengayuh basikal tanpa memikirkan tentang petrol. Mereka juga mempunyai semangat yang kental dalam menguruskan kehidupan, malah mereka tidak merungut tentang kesusahan.

Penulis mencongak diera 60-an orang tua kita berbasikal ke mana sahaja ke bandar, membawa hasil pertanian, memunggah padi untuk dijual. Penulis juga tercabar dengan keberanian orang dulu-dulu. Mengikut maklumat dan sumber rasmi dari mak mertua basikal (gambar di atas) telah dikayuh dari Besut ke Pahang. Untuk sampai ke Pahang tidak pula penulis tanyakan, berapa hari.

Terdetik di hati penulis untuk membaikpulih basikal tersebut. Tengoklah nanti kalau harga petrol terus meninggi. Tapi penulis ingin bertanyakan adakah ia sesuai digunakan untuk menghantar anak ke sekolah..... berulang-alik pagi dan petang dan malam pula menghadiri kelas tuisyen?.................

6 ulasan:

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

harga petrol yang terus naik, merisaukan saya juga...kalau dah terpaksa apa boleh buat...jom naik basikal semula.

zul permatang badak berkata...

....ya...cikgu...ha..ha...kita naik basikal.....terkenang pergi sekolah arwah bapa hantar dengan basikal...pulang pun mak jemput dengan basikal juga.....bila dah pandai kayuh bapa beli basikal.....umur belasan modifield basikal.....main basikal....tapi sekarang budak belasan tahun dah naik motosikal.....itu yang jadi gejala rempit.....

Ayu Rashidah @ Cik Ayu berkata...

best jugak ek,kalau semua orang naik basikal, baru la semangat...macm dolu2...hehehehe

zul permatang badak berkata...

.....ayushida...boleh ke`.....lambat...kalau hari panas...berpeluh....kalau petang2 untuk riadah...pusing2 taman...itu kira o.k.....masa dah berubah......walau apapun terpulang diri masing2....

misza berkata...

kawasan rumah saya ni berbukit². kalau time naik memang perit la nak kayuh. tapi basikal dalam gambar tu mengingatkan masa zaman sekolah dulu. masa tu semua memang berbasikal pergi sekolah.
p/s arwah ayah saya dulu setiap hari berbasikal sejauh 8kmX2(ulang alik)pergi n balik kerja.

zul permatang badak berkata...

...salam Misza
naik basikal banyak meninggalkan nostalgia...

Dalam hidup kita naik basikal menuruni bukit...adalah salah satu nikmat..keseronokkan.......tak percaya? cuba tanya pada mereka yang pernah berbuat demikian.....

ketabahan orang tua kita berbasikal ketempat kerja...tidak dinafikan....dalam payah mereka masih mengukir senyum.....senyuman kepuasan dapat membesarkan kita....menyekolahkan kita.....o.k jumpalagi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...