Pengikut

Khamis, 15 November 2012

BEZA

BEZA

Pertemuan yang tiba-tiba
membuatkan kita
gugup seketika

Senyum
tidak manis
sedikit kelat

Wajah
tidak ceria
sedikit resah

Titik persamaan
mungkin sukar
kerana kita dilahirkan
dari acuan yang
berbeza

Beranikah kita
merungkali
tali temali yang mengikat
diri ?......

Zulbahri hussin
kuantan.
15 .11,2012.

Selasa, 13 November 2012

HARI

HARI

Melihat esok
ada garis
tak mungkin terlepas
terhalang
disekat ketat

Melihat semalam
bayang bayang yang telah
ditinggalkan
tak mungkin sampai
ia terlalu jauh

Melihat hari ini
ia berlalu sendiri
penat berlari
kita berhenti
pusingan hari
terlengkap sendiri........

zulbahri hussin
kuantan.
12.11.2012.

Khamis, 8 November 2012

HATI

HATI

Ruang ini tidak cukup
untuk kemaskan
hati
yang berselerak

Hati perlu disusun
dengan kemas
walaupun tersimpan diam
terukir juga pada wajah
retak dan pecah

Hati perlu disoal
dan perlu dijawab
hati perlu diikat
pada tiang kebenaran

Soal hati
jangan tanya orang lain
kita lebih memahami
hati sendiri.

zulbahri hussin
kuantan
8 nov 2012












Ahad, 7 Oktober 2012

PROTES

PROTES

Kelmarin
kau sanggup datang
mengapa hari ini
tidak.....

Alasan
beribu alasan
aku hanya memekakkan
telinga

Kupalingkan wajah kearah lain
bukan protes
cuma kadang-kadang
aku perlu bertegas

Tidak perlu kusimpan
dihati
kelak kau akan
ulangi

Tidak puas hati
pergilah
tinggalkan aku
sendiri.

zulbahri hussin
kuantan.


.............pergilah.............jangan kau datang lagi.........................................

Jumaat, 5 Oktober 2012

BUKAN

Bukan aku
tapi tidak juga kau
bukan dia
tapi tidak mereka

Kemana jari ini
hendak dituding
kiri kanan
semuanya betul

Mencari salah
tidak payah
menegakkan yang betul
penat mengatur tutur

Tangan perlu
digengam
duduk
diam-diam.

zulbahri hussin.

.p/s........................kau yang salah.................................Tapi sengaja tak mahu mengaku......


Selasa, 2 Oktober 2012

BAGAIMANA....

BAGAIMANA

Siang
matahari berdarah
angin merembas
Malam
bulan retak
awan pecah

Bagaimana
harus kucatatkan
tentang ilusi
sedang diri
masih lagi bermimpi.... ...

ZULBAHRI HUSSIN


........................Yang dulu dulu mengimbau  kenangan...........salam puisi..............dan jumpa lagi...........


Selasa, 25 September 2012

BUKA HATIMU

BUKA HATIMU

Buka hatimu
kulapangkan dada
selama ini sempit
hidup ini perit

Buka hatimu
kulapangkan malam
selama ini kelam
hidup ini tidak ketentuan

Buka hatimu
seluas-luasnya untukku
kulupakan kesangsian
selama ini menguasaikan hatiku

Bersabar sikapmu
terlalu lama
kuimpikan natijahnya
jadi nyata.


Zulbahri hussin
kuantan
26. sept 2012



Khamis, 2 Ogos 2012

PENUHKAN

PENUHKAN

Tidak pernah kucabar
mindamu
tidak pernah juga kubelitkan
kata-kata

Tidak pernah kucaci
juga melempar
makian
pedas-pedas

Harap kau bangkit
bergerak kehadapan
buktikan dirimu yang sebenarnya
bulat kata-kata

zulbahri hussin
kuantan
2 ogos 2012





Sabtu, 21 Julai 2012

Selasa, 10 Julai 2012

SAMPAI

SAMPAI


Bongkah waktu
tidak pernah kulihat
tapi hari terus berputar
tidak ligat
namun ia tetap
sampai

Sampai pada penghujung
usia
semuanya tiada untuk
ria

Itulah hakikat
bersedia menerima
putaran masa
dengan rela.

zulbahri hussin
kuantan
11. julai 2012.


Selasa, 22 Mei 2012

BERAKHIR DISNI

BERAKHIR DISINI


Kepastian semakin jauh
jelas berakhir disini
pahit madu ini
bagai racun

Aku
kau tinggalkan
penat menanti-nanti
sehingga aku ragu dihati
telah pasti kasih sayang darimu
dusta semata

Bertunas cinta membuah mesra
namun hati yang terluka
penuh derita
kenangan masa silam
akan kukunci

Mungkin aku yang tewas
namun sehingga waktu ini
perlahan-lahan aku belajar
melupakanmu

Langkah terakhirmu
tidak akan kuhitung
walaupun kedunia
hujung .

zulbahri hussin
kuantan
23 mei 2012


Selasa, 8 Mei 2012

LUPAKAN

LUPAKAN

Jujur hatimu
tidak jujur hatiku
lupakan aku
aku yang tak suka
buat apa menanggung siksa

kuucapkan terimakasih
atas segalanya...........
maafkan aku
telah lama mempermain perasaanmu

Aku perlu berterus terang
itu lebih baik
untuk kau teruskan perjalanan
ruang masih terbentang

Jujur hatimu
tidak jujur hatiku
jika kau masih menunggu aku
kau tak dapat apa-apa

Kucapkan terima kasih
atas segalanya.............


zulbahri hussin
kuantan
9 mei 2012

.................................apa yg kau rasa dapat kurasa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Rabu, 25 April 2012

KAU DURI

KAU DURI


Kerana kau duri
dilaluan
kucabut
satu persatu

tak sanggup
kumenahan
deritanya
tak sudah

mengubah laluan baru
tidak berbeda
dendamnya
tak padam

kerana kau duri
dilaluan
aku asyik
menukar sepatu

zulbahri hussin
kuantan
25 april 2012.

.......................................................................................................................Tak bisa sempurna tapi ianya lebil adil......................................................................



Khamis, 19 April 2012

SEMALU


SEMALU

Elok menjauh
sakit durimu
sungguh terkesan

menyentuh semalu
hatiku kecut
walaupun kau tunduk
kau ajarkan derita
tidak parah
tapi
cukup untuk beringat

zulbahri hussin
kuantan
19. april 2012

Khamis, 12 April 2012

SAMPAI DISINI

SAMPAI DISINI


Tidak menjadi mimpi indah
dalam hidup
kerana dalam hati
tiada lagi nyanyian rindu
bayangmu tetap hilang

Tidak cukup menghiburkan
kerana kau hadir
bagai pelangi petang
kau tetap
pergi jua

Sampai disini
cinta yang dipertahan
pemergianmu kurelakan
kerana kehendakmu
tiada hak untukku
halang

Hari menginjak malam
kurempuh pekat hitam
mana bintang
mana bulan
aku ingin luahkan.......................

Penat menanti siang
melihat hari baru
aku pasti kau akan
cemburu..........................................


zulbahri hussin
kuantan
12,3.2012

Isnin, 2 April 2012

NOKTAH


NOKTAH

Berlindung
dibalik pohon
ditamanmu
aku terpaku

Melihat wajahku
hatimu akan terluka
elok aku
berdiam diri

Kutemui noktah
mudah untuk aku
berpaling pergi
meninggalkan kau sendiri

Rupanya
aku bukanlah lelaki
yang bisa mencintaimu
sehingga akhir hayat........

zulbahri hussin
kuantan

1 april 2012

Jumaat, 30 Mac 2012

SABAR



Ya....perlu bersabar......line tidak mengizinkan.....untuk sajak2 seterusnya...........


SABAR

Mendengar dengus
sendiri
pedih dan sakit
geram.......
tapi perlukan pengurbanan.......
korbankan rasa geram
atas nama
kesabaran

zulbahri hussin
kuantan.

p/s............entri selingan sebab line ada masaalah kut...................jumpa lagi bila dah o.k.

Jumaat, 23 Mac 2012

DEMOKRASI

DEMOKRASI


Sudah bertahun
kita tidak bertegur sapa
hanya pandang dari jauh
acapkali menundukkan muka

ada sengketa
antara kita
berbeza fahaman politik
berlainan ketua

apa salahnya
kita kembali senyum
bersambut salam
mengeratkan persaudaraan

negara ini perlu dibangun
sama merasa
nikmat kemakmuran
sama meraih rezeki
dari Tuhan..........

Demokrasi
hak dan tanggungjawab
dipikul bersama
demi generasi
dan negara tercinta.


zulbahri hussin
kuantan
22. mach 2012

Ahad, 11 Mac 2012

JANGAN

JANGAN

Jangan
jangan diungkit cerita lama
tidak menyiksa
cuma.....
aku tewas
bila beremosi
buruk bila aku sedih
huduh bila aku nangis

aku kan
lelaki..................

layaknya sedih ini
untuk kau
patutnya sendu panjang
masih berlagu

aku kan
lelaki...................

tewas
bila derai jernih
menyusuri pipimu
membasahi ribamu

aku lelaki
tewas kerana simpati
cuma kadang-kadang lupa
pada janji.......


zulbahri hussin.
kuantan
10 mach 2012

Ahad, 4 Mac 2012

PENJAJA IKAN

Dulu-dulu arwah ayah pernah jadi penjaja ikan....jadi tak sukar untuk melahirkan sajak penjaja ikan........kenangan di Utusan Malaysia.....maaf sajak ni agak kabur......
saya salin kembali untuk lebih jelas..........

PENJAJA IKAN


Seperti selalu dia tak pernah
lupa jam dimeja
bangunnya tika beburung
belum berkicau

Dari simpang ke simpang
matanya amat tajam
mencari pelanggan
memberi khidmat
penuh luhur

Pulangnya
tika sisik penuh dilengan
bersama seberkas tanggungjawab
buat anak-anak
membina cita-cita
dihari muka.

ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan.

Jumpa lagi...................................salam puisi............................

Jumaat, 24 Februari 2012

JENDELA

JENDELA......Ada kenangan tersendiri kerana sajak pertama penulis yang tersiar dimedia cetak. Masa tu,umur pun belasan tahun....happy le kan.........kat bawah nama tu ada no. rumah dan alamat sekali,.......editor siarkan juga. Tapi susah juga sebab ada surat2/kad2 raya tak berdaya untuk membalas........

Bila membaca kembali sajak JENDELA ni.....terkenang ketika diawal penglibatan saya dalam bidang penulisan sajak ni.....pertama, gaya pengucapan yang bersahaja.......................ialah baru belajar.......

kadang2 malu sendiri.......ha..ha...ha.....jom baca sajak JENDELA,......dan kita kongsi2, kut2 situasi /cetusnya sama....................................

salam puisi, kita jumpa lagi................................................

Jumaat, 10 Februari 2012

IDEA........KADANG KADANG SUKAR.............


Idea......lihatlah lakaran sajak bertajuk....SESAT.... rangkap kelima iaitu rangkap penyudah bertarikh 28 jan 2012 masih belum muncul. Saya biarkan beberapa hari dan kertas lakaran ini hampir2 hilang.......kerana saya telah melupakan........

tapi sewaktu membersihkan helaian sampah saya menemuinya kembali dikaki meja.............mujur tidak ada orang yang rajin menyapu........

saya membaca rangkap yang telah siap berulang kali............dan saya menjadi rimas....apakah patah yang terbaik untuk saya sudahkan sajak yang tercicir ini......

tidak sukar rupanya........

rangkap kelima..........muncul 7.feb.2012

Aku sesat
dalam hatiku
yang resah.

barulah lega................itu lah satu kepuasan bagi saya.......bila berjaya menyudahkannya.......................


o.k..........jumpa lagi...............................salam puisi......

Isnin, 6 Februari 2012

SESAT

SESAT


Aku sesat
dalam rambutmu
yang bersimpul

dandanlah dengan rapi
mudah untuk aku
mencari arah
mengatur langkah

aku sesat
dalam hatimu
yang goyah

pasaklah dengan kemas
mudah untuk aku
bergantung harap
mengatur matlamat

aku sesat
dalam hatiku
yang resah .

zulbahri hussin.
kuantan
7 feb 2012.

Sabtu, 28 Januari 2012

ADAKAH HARAPAN KITA SERUPA.....?

Kenangan di Utusan........dulu rajin tulis dan hantar kepenerbitan................he..he....he ,,,nak tau siar ke tidak berapa lama mau tunggu.......hari2 belek akhbar.........
sekarang ada penerbitan sendiri.......ya..... blog..................

Rabu, 25 Januari 2012

IDEA UNTUK MELAHIRKAN SAJAK...................

Idea sajak bertajuk JELINGAN saya hasilkan sepintas lalu..........setelah meneliti sebuah lukisan. Anak saya memang gemar melukis.....saya gambarkan kegembiraan sedang mengelilingi hatinya,melihat watak senyum berserta indah warna pelangi........
sudah menjadi lumrah setiap dari kita gemarkan keindahan......................


Tapi bagaimana dengan bahasa jelingan.......ia tajam penuh makna.....saya ungkapkan dalam tiga rangkap berikut,maaf tulisan tangan saya agak buruk.....................klik untuk besarkan.......

Rangkap pertama dan kedua tidak melalui proses suntingan yang banyak cuma pada rangkap ketiga ada sedikit ubahsuai,mengambil kira kekemasan........untuk kata penutup dan penyudah perlu kata noktah yang memaparkan tindakbalas pada sipelaku.................

bercakap tentang idea, ia datang begitu cepat tak sampai 3 minit pun.....tapi jika saya berangan jauh untuk mengembalikan luahan mengambil masa yang agak lama.........jadi bila idea muncul saya perlu cepat2 lakarkan......walaupun satu rangkap sebagai permulaan............

Ia tidak menentu,ada ketika saya perlu membuat suntingan beberapakali........................ia payah tapi menjadi mudah bila kita meminatinya........

salam puisi.................................................

Jumaat, 20 Januari 2012

JELINGAN


JELINGAN

Bahasa tajam
penuh makna
kau menjeling
tergaman aku

kutafsirkan
pelbagai laku
aku yakin bahasa jelinganmu
meluahkan cemburu

benar itu hakmu
tapi jika terlalu
aku rimas
resah tidak menentu.

zulbahri hussin
kuantan
21 jan 2011

p/s................................mencari bahasa senyum.....................

Khamis, 19 Januari 2012

DUNIA BARU

DUNIA BARU


Masa
berganti masa
musim
telah berubah

jangan menangis lagi
lupakan kisah lalu
aku bersamamu
kedunia baru

aku berikan warna
hidupmu
cantik bagai pelangi
itupun jika kau sudi

dalam setiap nafas
ada kejujuran
demi nama cinta
telahku persembahkan

sekiranya kau ragu
bulan juga malu-malu
aku akan tergesa-gesa
menyapu awan

aku akan kait bintang-bintang
walaupun bersambung
tangan.

zulbahri hussin
kuantan.
19 jan 2012

p/s..........jangan persiakan cintaku yang murni.........................................

Khamis, 12 Januari 2012

TAKDIR

TAKDIR

Tembok batu
ayuh kita rempuh
laksanakan
cintamu

tiada penghalang
kita berjaya
meruntuhkan
bentengnya

kau pula
menjelmakan sedih
hati
berbelah bagi

akhirnya
kita tidak dapat apa-apa
berserah
pada takdir

kita tidak mampu meleraikannya
tidak kusut
tapi bimbang
cinta hilang dalam
gengam.

zulbahri hussin
kuantan
13 jan 2012

p/s...................resah sejuta pada laut bergelora .......cinta tetap bergelak ketawa............

Sabtu, 7 Januari 2012

BAROH BONDA

BAROH BONDA



Baroh bonda
bergema jentera
hati gundah
diraduk gelisah

Tiada lagi
puyu dan haruan
hilang sepi
seruling padi

Bagaikan
semalam kutinggalkan
laungan keringat
Char.....char......No....no...no.....no...
sekolah sikerbau
berkongsi kudrat

Baroh bonda
rindu pun tiada
aku terlena
dalam riuh hilai tawa
penghuni kota

Mencari baroh bonda
yang hilang
hingga kini
tidak aku ketemukan.


zulbahri hussin
kuantan
8 jan 2012







p/s........kenangan dibaroh.......bermain selut......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...