PENUHKAN
Tidak pernah kucabar
mindamu
tidak pernah juga kubelitkan
kata-kata
Tidak pernah kucaci
juga melempar
makian
pedas-pedas
Harap kau bangkit
bergerak kehadapan
buktikan dirimu yang sebenarnya
bulat kata-kata
zulbahri hussin
kuantan
2 ogos 2012
Khamis, 2 Ogos 2012
Sabtu, 21 Julai 2012
Selasa, 10 Julai 2012
SAMPAI
SAMPAI
Bongkah waktu
tidak pernah kulihat
tapi hari terus berputar
tidak ligat
namun ia tetap
sampai
Sampai pada penghujung
usia
semuanya tiada untuk
ria
Itulah hakikat
bersedia menerima
putaran masa
dengan rela.
zulbahri hussin
kuantan
11. julai 2012.
Bongkah waktu
tidak pernah kulihat
tapi hari terus berputar
tidak ligat
namun ia tetap
sampai
Sampai pada penghujung
usia
semuanya tiada untuk
ria
Itulah hakikat
bersedia menerima
putaran masa
dengan rela.
zulbahri hussin
kuantan
11. julai 2012.
Selasa, 22 Mei 2012
BERAKHIR DISNI
BERAKHIR DISINI
Kepastian semakin jauh
jelas berakhir disini
pahit madu ini
bagai racun
Aku
kau tinggalkan
penat menanti-nanti
sehingga aku ragu dihati
telah pasti kasih sayang darimu
dusta semata
Bertunas cinta membuah mesra
namun hati yang terluka
penuh derita
kenangan masa silam
akan kukunci
Mungkin aku yang tewas
namun sehingga waktu ini
perlahan-lahan aku belajar
melupakanmu
Langkah terakhirmu
tidak akan kuhitung
walaupun kedunia
hujung .
zulbahri hussin
kuantan
23 mei 2012
Kepastian semakin jauh
jelas berakhir disini
pahit madu ini
bagai racun
Aku
kau tinggalkan
penat menanti-nanti
sehingga aku ragu dihati
telah pasti kasih sayang darimu
dusta semata
Bertunas cinta membuah mesra
namun hati yang terluka
penuh derita
kenangan masa silam
akan kukunci
Mungkin aku yang tewas
namun sehingga waktu ini
perlahan-lahan aku belajar
melupakanmu
Langkah terakhirmu
tidak akan kuhitung
walaupun kedunia
hujung .
zulbahri hussin
kuantan
23 mei 2012
Selasa, 8 Mei 2012
LUPAKAN
LUPAKAN
Jujur hatimu
tidak jujur hatiku
lupakan aku
aku yang tak suka
buat apa menanggung siksa
kuucapkan terimakasih
atas segalanya...........
maafkan aku
telah lama mempermain perasaanmu
Aku perlu berterus terang
itu lebih baik
untuk kau teruskan perjalanan
ruang masih terbentang
Jujur hatimu
tidak jujur hatiku
jika kau masih menunggu aku
kau tak dapat apa-apa
Kucapkan terima kasih
atas segalanya.............
zulbahri hussin
kuantan
9 mei 2012
.................................apa yg kau rasa dapat kurasa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Jujur hatimu
tidak jujur hatiku
lupakan aku
aku yang tak suka
buat apa menanggung siksa
kuucapkan terimakasih
atas segalanya...........
maafkan aku
telah lama mempermain perasaanmu
Aku perlu berterus terang
itu lebih baik
untuk kau teruskan perjalanan
ruang masih terbentang
Jujur hatimu
tidak jujur hatiku
jika kau masih menunggu aku
kau tak dapat apa-apa
Kucapkan terima kasih
atas segalanya.............
zulbahri hussin
kuantan
9 mei 2012
.................................apa yg kau rasa dapat kurasa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Rabu, 25 April 2012
KAU DURI
KAU DURI
Kerana kau duri
dilaluan
kucabut
satu persatu
tak sanggup
kumenahan
deritanya
tak sudah
mengubah laluan baru
tidak berbeda
dendamnya
tak padam
kerana kau duri
dilaluan
aku asyik
menukar sepatu
zulbahri hussin
kuantan
25 april 2012.
.......................................................................................................................Tak bisa sempurna tapi ianya lebil adil......................................................................
Kerana kau duri
dilaluan
kucabut
satu persatu
tak sanggup
kumenahan
deritanya
tak sudah
mengubah laluan baru
tidak berbeda
dendamnya
tak padam
kerana kau duri
dilaluan
aku asyik
menukar sepatu
zulbahri hussin
kuantan
25 april 2012.
.......................................................................................................................Tak bisa sempurna tapi ianya lebil adil......................................................................
Khamis, 19 April 2012
SEMALU
Khamis, 12 April 2012
SAMPAI DISINI
SAMPAI DISINITidak menjadi mimpi indah
dalam hidup
kerana dalam hati
tiada lagi nyanyian rindu
bayangmu tetap hilang
Tidak cukup menghiburkan
kerana kau hadir
bagai pelangi petang
kau tetap
pergi jua
Sampai disini
cinta yang dipertahan
pemergianmu kurelakan
kerana kehendakmu
tiada hak untukku
halang
Hari menginjak malam
kurempuh pekat hitam
mana bintang
mana bulan
aku ingin luahkan.......................
Penat menanti siang
melihat hari baru
aku pasti kau akan
cemburu..........................................
zulbahri hussin
kuantan
12,3.2012
Isnin, 2 April 2012
NOKTAH
Jumaat, 30 Mac 2012
SABAR

Ya....perlu bersabar......line tidak mengizinkan.....untuk sajak2 seterusnya...........
SABAR
Mendengar dengus
sendiri
pedih dan sakit
geram.......
tapi perlukan pengurbanan.......
korbankan rasa geram
atas nama
kesabaran
zulbahri hussin
kuantan.
p/s............entri selingan sebab line ada masaalah kut...................jumpa lagi bila dah o.k.
Jumaat, 23 Mac 2012
DEMOKRASI
DEMOKRASISudah bertahun
kita tidak bertegur sapa
hanya pandang dari jauh
acapkali menundukkan muka
ada sengketa
antara kita
berbeza fahaman politik
berlainan ketua
apa salahnya
kita kembali senyum
bersambut salam
mengeratkan persaudaraan
negara ini perlu dibangun
sama merasa
nikmat kemakmuran
sama meraih rezeki
dari Tuhan..........
Demokrasi
hak dan tanggungjawab
dipikul bersama
demi generasi
dan negara tercinta.
zulbahri hussin
kuantan
22. mach 2012
Ahad, 11 Mac 2012
JANGAN
JANGANJangan
jangan diungkit cerita lama
tidak menyiksa
cuma.....
aku tewas
bila beremosi
buruk bila aku sedih
huduh bila aku nangis
aku kan
lelaki..................
layaknya sedih ini
untuk kau
patutnya sendu panjang
masih berlagu
aku kan
lelaki...................
tewas
bila derai jernih
menyusuri pipimu
membasahi ribamu
aku lelaki
tewas kerana simpati
cuma kadang-kadang lupa
pada janji.......
zulbahri hussin.
kuantan
10 mach 2012
Ahad, 4 Mac 2012
PENJAJA IKAN
Dulu-dulu arwah ayah pernah jadi penjaja ikan....jadi tak sukar untuk melahirkan sajak penjaja ikan........kenangan di Utusan Malaysia.....maaf sajak ni agak kabur......saya salin kembali untuk lebih jelas..........
PENJAJA IKAN
Seperti selalu dia tak pernah
lupa jam dimeja
bangunnya tika beburung
belum berkicau
Dari simpang ke simpang
matanya amat tajam
mencari pelanggan
memberi khidmat
penuh luhur
Pulangnya
tika sisik penuh dilengan
bersama seberkas tanggungjawab
buat anak-anak
membina cita-cita
dihari muka.
ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan.
Jumpa lagi...................................salam puisi............................
Jumaat, 24 Februari 2012
JENDELA
JENDELA......Ada kenangan tersendiri kerana sajak pertama penulis yang tersiar dimedia cetak. Masa tu,umur pun belasan tahun....happy le kan.........kat bawah nama tu ada no. rumah dan alamat sekali,.......editor siarkan juga. Tapi susah juga sebab ada surat2/kad2 raya tak berdaya untuk membalas........Bila membaca kembali sajak JENDELA ni.....terkenang ketika diawal penglibatan saya dalam bidang penulisan sajak ni.....pertama, gaya pengucapan yang bersahaja.......................ialah baru belajar.......
kadang2 malu sendiri.......ha..ha...ha.....jom baca sajak JENDELA,......dan kita kongsi2, kut2 situasi /cetusnya sama....................................
salam puisi, kita jumpa lagi................................................
Jumaat, 10 Februari 2012
IDEA........KADANG KADANG SUKAR.............

Idea......lihatlah lakaran sajak bertajuk....SESAT.... rangkap kelima iaitu rangkap penyudah bertarikh 28 jan 2012 masih belum muncul. Saya biarkan beberapa hari dan kertas lakaran ini hampir2 hilang.......kerana saya telah melupakan........tapi sewaktu membersihkan helaian sampah saya menemuinya kembali dikaki meja.............mujur tidak ada orang yang rajin menyapu........
saya membaca rangkap yang telah siap berulang kali............dan saya menjadi rimas....apakah patah yang terbaik untuk saya sudahkan sajak yang tercicir ini......
tidak sukar rupanya........
rangkap kelima..........muncul 7.feb.2012
Aku sesat
dalam hatiku
yang resah.
barulah lega................itu lah satu kepuasan bagi saya.......bila berjaya menyudahkannya.......................
o.k..........jumpa lagi...............................salam puisi......
Isnin, 6 Februari 2012
SESAT
Sabtu, 28 Januari 2012
ADAKAH HARAPAN KITA SERUPA.....?
Rabu, 25 Januari 2012
IDEA UNTUK MELAHIRKAN SAJAK...................
Idea sajak bertajuk JELINGAN saya hasilkan sepintas lalu..........setelah meneliti sebuah lukisan. Anak saya memang gemar melukis.....saya gambarkan kegembiraan sedang mengelilingi hatinya,melihat watak senyum berserta indah warna pelangi........sudah menjadi lumrah setiap dari kita gemarkan keindahan......................
Tapi bagaimana dengan bahasa jelingan.......ia tajam penuh makna.....saya ungkapkan dalam tiga rangkap berikut,maaf tulisan tangan saya agak buruk.....................klik untuk besarkan.......
Rangkap pertama dan kedua tidak melalui proses suntingan yang banyak cuma pada rangkap ketiga ada sedikit ubahsuai,mengambil kira kekemasan........untuk kata penutup dan penyudah perlu kata noktah yang memaparkan tindakbalas pada sipelaku.................bercakap tentang idea, ia datang begitu cepat tak sampai 3 minit pun.....tapi jika saya berangan jauh untuk mengembalikan luahan mengambil masa yang agak lama.........jadi bila idea muncul saya perlu cepat2 lakarkan......walaupun satu rangkap sebagai permulaan............
Ia tidak menentu,ada ketika saya perlu membuat suntingan beberapakali........................ia payah tapi menjadi mudah bila kita meminatinya........
salam puisi.................................................
Jumaat, 20 Januari 2012
JELINGAN
Khamis, 19 Januari 2012
DUNIA BARU
DUNIA BARUMasa
berganti masa
musim
telah berubah
jangan menangis lagi
lupakan kisah lalu
aku bersamamu
kedunia baru
aku berikan warna
hidupmu
cantik bagai pelangi
itupun jika kau sudi
dalam setiap nafas
ada kejujuran
demi nama cinta
telahku persembahkan
sekiranya kau ragu
bulan juga malu-malu
aku akan tergesa-gesa
menyapu awan
aku akan kait bintang-bintang
walaupun bersambung
tangan.
zulbahri hussin
kuantan.
19 jan 2012
p/s..........jangan persiakan cintaku yang murni.........................................
Khamis, 12 Januari 2012
TAKDIR
TAKDIRTembok batu
ayuh kita rempuh
laksanakan
cintamu
tiada penghalang
kita berjaya
meruntuhkan
bentengnya
kau pula
menjelmakan sedih
hati
berbelah bagi
akhirnya
kita tidak dapat apa-apa
berserah
pada takdir
kita tidak mampu meleraikannya
tidak kusut
tapi bimbang
cinta hilang dalam
gengam.
zulbahri hussin
kuantan
13 jan 2012
p/s...................resah sejuta pada laut bergelora .......cinta tetap bergelak ketawa............
Sabtu, 7 Januari 2012
BAROH BONDA
BAROH BONDABaroh bonda
bergema jentera
hati gundah
diraduk gelisah
Tiada lagi
puyu dan haruan
hilang sepi
seruling padi
Bagaikan
semalam kutinggalkan
laungan keringat
Char.....char......No....no...no.....no...
sekolah sikerbau
berkongsi kudrat
Baroh bonda
rindu pun tiada
aku terlena
dalam riuh hilai tawa
penghuni kota
Mencari baroh bonda
yang hilang
hingga kini
tidak aku ketemukan.
zulbahri hussin
kuantan
8 jan 2012
p/s........kenangan dibaroh.......bermain selut......
Khamis, 29 Disember 2011
BUKU
Isnin, 26 Disember 2011
2012

2012
Detik akan tiba
2012
paling sibuk anak-anak sekolahan
dikelas baru
begitu juga ada yang naik tingkat
pencurah ilmu
telah bersedia
dengan wajah kesungguhan
meneliti segala keperluan
kelak nanti ada yang bersungut,
kita mahu sama rata
satu kerusi
satu meja
ya, dapat semua
dicelahan tingkap kaca
seorang ibu
resah seketika namun diwajahnya
menggunung harapan
tangan kecil yang kupimpin hari ini
tidak akan menjadi sia-sia
ubahlah sejarah
ubahlah tradisi
keluarga kita.
zulbahri husin
kuantan
27 dec 2011
p/s.......................................selamat tahun baru 2012......................selamat kesekolah buat anak-anak...........
Sabtu, 24 Disember 2011
CINTA DIMAYA
CINTA DIMAYAAku disini
engkau disana
sukar untuk bertemu
namun hatiku
masih setia
aku disini
engkau disana
sukar untuk bercerita
tentang hari muka
kita angankan
cinta menjadi pasti
kita harapkan janji
terpatri
aku disini
engkau disana
cinta dimaya
hangat membara
berapa lama harusku
anyam puisi
cinta.
zulbahri hussin
kuantan pahang
25 dec 2011
p/s.........................................selamat tahun baru 2012................salam puisi......
Isnin, 19 Disember 2011
MIMPI
Khamis, 15 Disember 2011
TIDAK PERLU
TIDAK PERLUAku
tidak perlu manis
janjimu
lebih baik jika
kau
bertungkus lumus
mengotakannya
puing-puing harap
berterbangan diudara
menutup kilau
bintang
Aku
tidak lagi berdaya
membina keyakinan
dengan rangkap puisi
yang sudah hilang
puitisnya
Kemana harus kutuju
jari-jemariku
keras
membeku.
zulbahri hussin
kuantan
16 dec 2011
p/s...................................telah kubina cinta dari puisimu yang puitis.........
Isnin, 12 Disember 2011
EGO
EGOJika
kau senyum
berikan aku
manismu
jika
kau ketawa
berikan aku
riamu
jika
kau menangis
berikan aku
sendumu
jika
kau merajuk
tidak akan kupujuk
aku lelaki
egoku tinggi
inginku
sembunyi dalam
hati.
zulbahri hussin
kuantan
12 dec 2011
p/s.............................jika kau diam...........................mungkin itu,lebih baik.............
Isnin, 5 Disember 2011
MAKANLAH........
Suasana petang yang redup adakalanya kita dihambat mengantuk . Berusaha menegakkan kelopak mata adakalanya kita tewas jua. Dikerusi ini penulis hampir terlelap......namun terfikir juga mengapa tidak dicari sesuatu yang boleh menyegarkan mata ......sesuatu yang digelar kudapan..........ya ..keropok goreng bersira cili......jom kita makan........MAKANLAH
Makanlah
aku makan
bukan untuk kenyang
Aku
makan main-main
untuk menghilangkan
mengantuk
untuk cerahkan mata
yang redup
makanlah
ayuh kita berkongsi,
citarasa mungkin berbeza
tapi
untuk mengambil hatiku
kau harus
cuba
makanlah
jika kau berselera
ambillah semua.
zulbahri hussin
kuantan
5 dec 2011
................................p/s..................petang2 ni kalau ada goreng pisang kan best..........tapi dikaw kejiranan penulis bila ada yg mulakan jualan goreng-gorengan.........ramai pula yang ikut nak berniaga...........................
Sabtu, 3 Disember 2011
KELIRU
KELIRUHasrat
kepelamin angan
kau pernah
membicarakan
berjanji
kepuncak mahligai
kau bersungguh
mempatrikan
tidak pernah aku
iakan semua itu,
diam aku tidak
semestinya
setuju
pendamku
hanya untuk menjaga
hatimu
aku
masih lagi keliru
antara benar dan
palsu.
zulbahri hussin
kuantan
3 dec 2011.
............................................p/s.............sajak dulu2.....masih banyak yg terkurung...............
Khamis, 1 Disember 2011
SELAMATKAN
SELAMATKAN
Selamatkan
pokok
menghijau alam
menyejukkan pandangan
kita
berkongsi keajaiban
ciptaan Tuhan
kita
berkongsi ruang
segalanya
matahari dan air hujan
pembangunan
menuntut rasa skeptis
generasi berilusi
mewarisi
tumbuhan seperti kita
makan
minum
memerlukan perhatian
kasih sayang
sebagai pelengkap
sebuah kehidupan
zulbahri hussin
kuantan
1 dec 2011
Selamatkan
pokok
menghijau alam
menyejukkan pandangan
kita
berkongsi keajaiban
ciptaan Tuhan
kita
berkongsi ruang
segalanya
matahari dan air hujan
pembangunan
menuntut rasa skeptis
generasi berilusi
mewarisi
tumbuhan seperti kita
makan
minum
memerlukan perhatian
kasih sayang
sebagai pelengkap
sebuah kehidupan
zulbahri hussin
kuantan
1 dec 2011
Selasa, 29 November 2011
IGAU
IGAUSinggahku
sebentar
biarlah aku
bersimpuh
dianjung senja
lelapku
singkat
tidak perlu kau
sorongkan bantal
mimpiku
sekejap
tidak sampai
kebintang
igau malam
bulan ketawa
cepatlah siang
mengubat kecewa.
zulbahri hussin
kuantan
30 nov 2011
p/s......................cepatlah siang kuselak helaian tekad .........lupakan mimpi2........
Ahad, 27 November 2011
AKU
AKU
Tiada mahligai
indah
nak diberi
tiada wang
berjuta
nak dijanji
tiada rayu
shahdu
nak dilagu
itulah aku
mengenalimu sejak dulu
kau pun tahu
kerana aku
berjiran
denganmu.
zulbahri hussin
kuantan
27 nov 2011.
Tiada mahligai
indah
nak diberi
tiada wang
berjuta
nak dijanji
tiada rayu
shahdu
nak dilagu
itulah aku
mengenalimu sejak dulu
kau pun tahu
kerana aku
berjiran
denganmu.
zulbahri hussin
kuantan
27 nov 2011.
Khamis, 24 November 2011
BEDA
BEDA
Kita
mengejar sesuatu
yang berbeda
pada titik bahagia pun
penyudahnya belum tentu dapat
memuaskan hati
masing-masing
perjanjian
sementara sayang
masih bernafas
dikala cinta
masih bernyawa
mencari helah
benci
memujuk-mujuk
jemu
seluas laut
bahagia berbeda-beda
perjalanan masih panjang
kita sama-sama mencari
jalan penyelesaian
itulah hakikat hidup
sukar memuaskan hati masing-masing
adakala kita terpaksa
mengalah demi
nafas cinta
yang masih
bernyawa.
zulbahri hussin
kuantan
25 nov 2011.
Isnin, 21 November 2011
BAH
BAHRenyai-renyai
kadang-kadang menjadi
lebat
Hujan sekejap sekejap
disemua tempat
mendung serta
berangin
Awasi anak-anak
jangan biarkan bermain
ditepian parit serta
longkang
Simpan
dokumen penting
patuhi arahan
segera berpindah
Bah
hadapi dugaan dengan
tabah.........
zulbahri hussin
kuantan
22 nov 2011
p/s.......................hari ini hujan..........duduk rumah diam-diam............kalau banjir,budak2 gembira peluang bermain air..........tapi hati-hati........
Ahad, 20 November 2011
ESOK-ESOK.........BILA...?.....
ESOK-ESOK......BILA?....Bertangguh
mengumpul dalam satu masa
penuh
melimpah
tak terkutip
ruah
esok-esok
bila?
tahun depan....
esok-esok
bila?
hari ini.....
katakan esok saat ini
kita siapkan semuanya...............
tak perlu tunggu,
habiskan malam ini
pejamkan
mata
tak perlu cemburu
mimpi kita
berbeda.
zulbahri hussin
kuantan
21 nov 2o11
p/s..............................niat untuk mempertingkatkan kejayaan diri usah ditangguh,melihat kejayaan orang tak perlu kita cemburui.................usaha yg berterusan lambat laun kita juga akan memperolihinya...............
TAUT
Jumaat, 18 November 2011
DEMI

DEMI
Aku
terlelap seketika
namun kelibatmu
dapat kubaca
engkau bijak
memutar helah
membuatkan aku
sering berbalah
senyum terpaksa
manis menyiksa
mesra
pura-pura
demi persahabatan
rela
kutelan
walaupun payah
demi persahabatan
rela
kusimpan
walaupun tertikam.
zulbahri hussin
kuantan pahang
19 okt 2011
p/s..............................demi persahabatan............rela kudiam .....................
Rabu, 16 November 2011
TEMPAT JATUH
TEMPAT JATUHMengenang
tempat jatuh
hatiku luluh
tempat bermain tapak gajah
hatiku megah
Upih ini
sepantas kereta
eratkan genggamanmu
heretlah aku
kehujung sana
Galahmu yang panjang
jangan hadang
aku berang
bila kau
halang.
Zulbahri Hussin
kuantan
17 okt 2011
p/s.................................teringat zaman kanak2 main tempurung kelapa .. he...he..he...
Selasa, 15 November 2011
Ahad, 13 November 2011
RINDU
RINDURindu
pada sawah
rindu
pada kampung halaman
rindu
pada kedamaian
rindu
pada kenangan.
Hingar bingar kota
mencambahkan gejala
mencabar
keimanan kita
Hidup diatas roda
berpusing ligat
kadangkala tercampak
jatuh
hilang paksi
Sukar berlari
atau beraksi
bila masing masing
menyembunyikan diri
Rindu
rindu pada
kemesraan sipenghuninya.........
zulbahri hussin
kuantan pahang
14 nov 2011.
Jumaat, 11 November 2011
PENGHUJUNG TAHUN
Kelender tahun baru 2012. Penulis sudah memperolihi........meneliti serta membilang hari hanya ada satu bulan lagi maka tutuplah tirai 2011. Mengalu-alukan 2012 dengan tekad serta azam baru. Tapi azam lama hanya azam......diheret pula untuk tahun hadapan. Maka setiap dari kita begitulah............bila tiba dipenghujung tahun.....bertanya tentang azam........maka jawablah kita....bla....bla..bla......sampai berguni azam. Tak salah untuk berazam.......tapi ada juga kita ni......azam tinggal azam je.........PENGHUJUNG TAHUN
Segalanya
akan ditutup
usaha dan perancangan
akan diheret
ketahun depan
Kalender hidup
lemah longlai
gagal
atau silap
susun atur
Penghujung tahun
tekad yang sama
semangat membara
rentak hidup tidak berbeza
Begitulah
penghujung tahun
kedut menyinggah
usia bertambah.
zulbahri hussin
kuantan pahang
12 hb okt 2011
p/s cepat masa berlalu................................terkedu........sedar2 tahun baru......
Selasa, 8 November 2011
KORBAN KITA
KORBAN KITAMelihat
darah merah
mengalir pengorbanan
mengalir penghayatan
Berkorban apa saja
harta maupun nyawa
masa dan tenaga
dikumpul disini
Kita ulang
tahun demi tahun
kita redha
seiklas hati
Kita selami
harta dikongsi bersama
yang tidak punya juga
merasa nikmatnya
Baik cantik serta elok
pahala berganda
yakin janji
Yang Maha Kuasa
merestui pengorbanan
hambanya.
zulbahri hussin
kuantan
8 nov 2011
Selasa, 1 November 2011
MENCARI HALUAN
Mengemas fail2 lama terjumpa sajak ni.....Sajak zaman sekolah kut......banyak betul sajak2 cintan cintun .........dari dibuang elok dikongsi bersama....... MENCARI HALUAN
Cinta kita
berdua
tidak akan pecah
diterik mentari
Cinta kita
berdua
tidak akan luntur
dek pantasnya masa
Tapi
aku tidak menjadi riang
bila kau
jadi kekasih
Palong hati
sebenarnya kosong
tidak ada apa apa lagi
aku berusaha melupakanmu
Lihat pada janji
lihat pada kesungguhan
lihat juga pada angin
membawa benar akan cintamu
Fikirkan dirimu
sebenarnya tiada sejiwa
elok mencari haluan
kerana kita
tidak saling
percaya........
zulbahri hussin
kuantan
1 nov 2011
p/s....................................elok menentukan haluan masing2.....dari bersengketa.........arah tuju elok juga dirancang dari awal......................sukar melepaskan resah....payah membebaskan gelisah............
Jumaat, 28 Oktober 2011
HARAPAN
HARAPANWajahmu
hilang dimata
ditimpa hujan
Cuba untuk mengingat
bila hujan berhenti
tapi
hujan pantas mencurah
Aku masih lagi mengharap
hingga gelembung-gelembung
buih pada cucuran hujan
pecah
satu-satu.
zulbahri hussin
kuantan
29 okt 2011.
.P/S........................................................membilang buih satu-satu........pecah,........tercipta kembali bila hujan...........benarkah cinta mudah datang dan mudah pula pergi................???.......................
Isnin, 24 Oktober 2011
IT
ITMasa tidak dibazirkan
segalanya memenuhi hasrat
walaupun berjam-jam
dikerusi ini
Zaman IT
rentak hidup dikemaskini
nampak jelas
tiada sembunyi-sembunyi
Ada untung ada rugi
untung
hidup tak perlu berlari kesana kesini
rugi
maruah diri tidak dipertahan
disimpan rapi
Rahsia diri
kemas berkunci
rahsia hati
kejap disanubari.
zulbahri hussin
kuantan
24 okt 2011.
p/s........................................perlukah berahsia dalam hidup?..............................Kadang2 tidak menjadi rahsia lagi,bila saling mempercayai diantara satu sama lain...........................
Langgan:
Ulasan (Atom)














