Pengikut

Isnin, 24 Oktober 2011

IT

IT

Masa tidak dibazirkan
segalanya memenuhi hasrat
walaupun berjam-jam
dikerusi ini

Zaman IT
rentak hidup dikemaskini
nampak jelas
tiada sembunyi-sembunyi

Ada untung ada rugi
untung
hidup tak perlu berlari kesana kesini
rugi
maruah diri tidak dipertahan
disimpan rapi

Rahsia diri
kemas berkunci
rahsia hati
kejap disanubari.


zulbahri hussin
kuantan
24 okt 2011.

p/s........................................perlukah berahsia dalam hidup?..............................Kadang2 tidak menjadi rahsia lagi,bila saling mempercayai diantara satu sama lain...........................

8 ulasan:

Cikgu Jaja™ berkata...

boleh x simpan rahsia dgn IT? :p

zul permatang badak berkata...

cikgu jaja.....
entahlah..................tapi jika kita memahami dan menghormati hak orang lain, kita akan sama2 mempertahankannya...

kita juga tidak mengambil kesempatan ditas kelemahan orang lain........

Cik Azizah berkata...

adakah itu laptop baru?? ekeke ;P

insan_marhaen berkata...

Semalam IM dapat tahu akan hari ulantahun kawan IM melalui reminder dari Facebook.

Bukankah bagi sesetengah orang hari lahir itu satu kerahsiaan? Tapi dia tak perasaan bahawa FB sebenarnya tidak 'amanah' dalam menyimpan rahsia peribadi!

School Of Tots berkata...

Ramai yg tidak berahsia di FB. Segalanya dikongsikan demi social networking (tajaan yahudi).

zul permatang badak berkata...

cik Azizah...
Alaa....murah je jijah.....laptop tu.....bila kena pujuk2, terpengaruh pula....

lagi pun pc yg ada ....asyik on je.....macam peti ais, ada peminat tetap.......jadi bila nak bekarya........taklah berebut.......

bila dah berebut hilang idea....ha...ha...ha..

zul permatang badak berkata...

insan maerhaen...
berkongsilah rahsia dengan orang yg boleh dipercayai..........

zul permatang badak berkata...

SOT...
ramai juga yg bercerita dari a hingga z........
luahan hati...dsbgainya.......

mungkin boleh meredakan....tapi ada juga yg mengambil kesempatan........
seeloknya,benteng diri harus diperkemas untuk mempertahan godaan sekeliling.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...