
Kandang lembu , mengembali nostalgia memelihara lembu suatu ketika dahulu. Lembu-lembu dibiarkan berkeliaran bebas meragut rumput kawasan persendirian kadang-kadang terbabas juga kekawasan jiran. Perangai jiran bermacam ragam ada yang pemaaf mereka membiarkan kerana mereka juga mempunyai haiwan ternakan boleh berkongsi ruang.
Kalau jiran yang berkira,memang susah sehingga ada haiwan ternakan dihayun dengan cangkul malah ada haiwan yang teraniya ......ada yang putus telinga.
Tapi ada kalanya mereka juga terdesak......bila kenduri kendara ,mereka juga memerlukan lembu untuk dibuat lauk............adat berjiran, kalau lembu jiran sekampung harganya boleh dirunding .... mungkin lebih rendah.........
Hidup sekampung rugi jika kita asyik berbalah........hal pun remeh temeh je.............
Melihat kandang lembu, ada sesuatu yang istimewa.....bila senja penulis hidupkan unggun api.....
agar lembu lebih selesa tanpa gangguan nyamuk..........
Melihat kandang lembu juga......mengembalikan kenangan pada kegigihan arwah ayah .....menyabit rumput untuk dijadikan makanan lembu...........
PUISI AYAH
Mencari puisi ayah
pada cangkul
diladang
pada lembu
dikandang
Puisi ayah
pada semutar
kain lepas
sabit dipinggang
huyung hayang memikul
kandaran buluh
Mudah mencari
puisi ayah
bersandar pada tiang seri
kepul asap
daun pucuk
menghela nafas
pada pekat malam
Puisi ayah
pada dengkur keimanan
laungan azan
subuh.
Zulbahri Hussin........25/4/2011........hakcipta telah dipelihara............ciplak dilarang.........ngeeee....ngeeee...
Kuantan, Pahang. p/s Kandang lembu milik peribadi......sesekali masuk menjengah.....tidak mengembek.................kerana ia kandang lembu.........