Pengikut

Rabu, 8 Disember 2010

MEMBERSIH KAWASAN KEBUN


Untuk menghilangkan kebosanan sempena cuti sekolah, aku ajak budak-budak menolong membersih kawasan kebun. Dari mengadap televisyen 24 jam sekurang-kurangnya fikiran mereka akan terbuka dapat menghayati kehijauan anugerah alam. Untuk melebarkan kawasan bercucuk tanam yang baru, pokok akasia terpaksa ditebang. Boleh tumbang ke... Parang ini bukannya tajam sangat.... Tak berkesan kerana parang tumpul. Berapa lama masa diperlukan untuk menumbangkan pokok ini. Kalau ada gergaji rantai tak lah seteruk ini.
Ini bukan tebang tetapi takir. Mungkin lama-kelamaan pokok ini tumbang juga tapi kerja nya amat perlahan, biarkanlah takir pun takirlah.....
Wow tumbang juga nasib baik budak-budak yang lain menjauhkan diri, mungkin mereka telah terdengar bunyi 'krek krek' menandakan pokok menyembah bumi.Ok abang Long, tarik. Abang Long memang kuat lihatlah badannya, pokok yang besar macam ni pun dia tak perlu dibantu....Tengok dia boleh angkat lagi. Bagus dia boleh diajak buat kerja.Kuat-kuat pun dia akan penat juga. Kasi dia berehat, Kesian...Muallim lagi hebat. Bagi dia parang habis pokok-pokok tu dia kerjakan...
Berat sama dipikul yang ringan masing-masing bawalah. Memikul tiang pagar (turus) untuk diatur disekeliling kawasan kebun. Supaya senang nanti abah membinanya.Kawasan yang dipagar taklah seluas mana tapi untuk membinanya memerlukan kesabaran lebih-lebih lagi bila cuaca panas dan matahari mula meninggi.
Woi terkejut jumpa sarang khinzir, Mungkin khinzir dah cabut lari dengar riuh-rendah anak-anak bergurau sesama mereka.Khinzir ni pandai buat sarang. Lihatlah jerumun ini kalau hujan, memang tak basah. Rumput-rumput kering serta lalang dihimpun seperti busut dibuat pintu untuk keluar dan masuk.
Kerja sudah separuh selesai bolehlah budak-budak ini merehatkan diri. Teduhan pokok tembesu ini memang sejuk rasa malas untuk pulang, kalau dibina rumah di atas pokok ini mungkin boleh terlelap atau terlena terus...
Pokok tembesu ini perlu dikekalkan. Ianya sungguh selesa untuk merehatkan diri.

2 ulasan:

Temuk berkata...

Salam Sdr ZUL

Mohon izin singgah. Memang tergamit dgn ceritera persekitaran begitu.

Cemburunya hati mengamati keseronokan
Seronok membersih kebun, mencantas hijaun rimbun
Seronok menguji kudrat, panas-sejuk mengalirkan keringat
Seronok berbudi kepada tanah, insya-Allah berpanjangan menuai buah
Seronok melapangkan minda, berteman putera-putera perkasa
Alahai, kalaulah dapat menumpang seronok!

Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Semoga acap bertemu.

zul permatang badak berkata...

Begitulah tnggal dikampung masih ada lagi hutan kecil untuk menjerat burung,masih ada tanah lapang untuk lembu dan kambing memilih makanan,tapi riak pembangunan sudah mula menghimpit,taman perumahan mula mengelilingi persekitaran.Lurah dan denai perlahan lahan hilang dari pandangan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...