Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

HARI RAYA KEDUA

Hari raya kedua penulis beraya jauh sikit dari kawasan rumah,lagi pun orang cakap jalan dari Kuantan ke bandar Pekan sedap memandu kenderaan,......jadi penulis pun nak cuba, yaa...memang best jalan baru......perjalanan lancar,cuma gerun juga bila mengambil selekoh......
Hati-hati dijalan raya.......................

Khamis, 25 Ogos 2011

AIDILFITRI


Sudah menjadi kebiasaan,bila hampir dengan hari raya kita sering berbalas ucap........meminta maaf....jika ada salah dan silap.....................Saya pun ingin meminta maaf pada sahabat maya semua........manalah tahu komen2 yang singgah mengguris hati atau ayat2 pendek dekat shoutbox tu, kut2 tersinggung.......sebab saya ni suka sangat menyakat........he...he...


AIDILFITRI



Kota
menjadi sepi
tatkala syawal
menjelma

Anak dagang
berbekal rindu
menggalas ria
terbayang kampung halaman.

menjelang hari
bergemanya takbir aidilfitri
Allahu-Akbar Allahu-Akbar
Allahu-Akhbar

Pada kawan
mengenang persahabatan
ada sapa yang pedas
ada cuit yang panas
maafkan.....

Desa
menjadi riang
tangan dihulur
bermaaf maafan
ibu ayah
adik abang
rakan taulan
gembira menyambut
lebaran....

zulbahri hussin
kuantan
25 ogos 2011....................................25 ramadhan 1432.....................SELAMAT HARI RAYA.

Sabtu, 20 Ogos 2011

PROGRAM TADARUS PERDANA 2011 DI DMP KAWASAN PAYA BESAR KUANTAN, ANJURAN DMP KAWASAN PAYA BESAR MENYEMARAKKAN LAGI KEMERIAHAN RAMADHAN..... AMIN...


Pada 20 Ogos 2011 berlangsung Tadarus Perdana 2011 anjuran DMP Kawasan Paya Besar berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua muslimat yang telah menyertai program tersebut. Ianya telah merapatkan hubungan ukhwah serta menyemarakkan aktiviti kerohanian sempena bulan ramadhan ini.

Terima kasih cenderahati kek batik yang comel ini. Selamat berbuka dan selamat hari raya . Sesungguhnya mereka yang berada di medan perjuangan adalah orang-orang yang berjaya dan diberkati perjalanan hidupnya.











Selasa, 16 Ogos 2011

INSAF

Dulu ada geng2 kita yang tak puasa. Curi-curi makan. Tempat paling selamat tepi sungai,pura2 pergi memancing.........Haa.....itu cerita lama laa.......sekarang mereka semua dah berkeluarga...........dah insaf dah.............


INSAF

Pulang
berbuka sehari dua
bersama keluarga
meriahnya


Nun dikota
terlalu banyak tipu daya
puasaku
hanya sendiwara

Didesa ini
tercalit keinsafan
bila ramadhan
melambai tangan
terpaksa kulepaskan

Sayang
dipenghujung ramadhan
lewat hatiku terbuka
untuk mengisi
ruang
dengan keimanan
dan taqwa.

zulbahri hussin
kuantan.

17 ogos 2011
17 ramadhan 1432

p/s....................................pada adik2 remaja,jom puasa sampai habis..........................jangan curi-curi makan..............












Khamis, 11 Ogos 2011

SINGKAT.......11 OGOS .....11 RAMADHAN......2011......DAH 11 HARI KITA PUASA.....

SINGKAT


Memberi segala
pada kita
ruang untuk bernafas
ruang untuk rehat-rehat


Mendaki hidup
pada persinggahan
yang singkat
malam siang
dan malam kembali


Singkat ramadhan
sedar-sedar dipertengahan
kita terlena dalam
lahab selera

Yang pasti
ramadhan tetap meninggalkan
kita
meninggalkan bazaar
yang meriah ini.


zulbahri hussin
kuantan
11 ogos......11 ramadhan........2011.........selamat berbuka...








Sabtu, 6 Ogos 2011

RAMADHAN

Bulan puasa rajin-rajinlah bersedekah.........bersedekahlah kamu walaupun sebiji kurma.......boleh......


RAMADHAN


Puasa
menahan lapar
dan dahaga
menahan segalanya


Nikmat berpuasa
ketika berbuka
bersyukur rezeki
dikongsi bersama


Belajar dimadrasah
ramadhan
menginsafi sikaya
dan simiskin
duduk diaras yang sama
menyuap
sebiji kurma..........

zulbahri hussin
kuantan
7 ogos 2011 p/s.......orang yang berpuasa itu orang yang sabar..........menahan segalanya................................................................................................................................................

Jumaat, 29 Julai 2011

SENYUM DIPAGI AHAD

Ada diantara kita,gemarkan gula-gula.......ialah untuk tidak menghisap rokok atau ingin membuang tabiat tersebut jadi mereka beralih mengulum gula-gula. Tiba bulan mulia ni, jangan ada yang tersasar..........hari pertama berpuasa......ada tu yang terlupa.........

Jadi kalau ada yang termakan tu......tentu senyum-senyum sendiri.........jom senyum,.....senyum dipagi ahad..........

Rabu, 27 Julai 2011

KAU PERGI

Percubaan untuk mendapat tempat dimedia cetak acapkali juga penulis menemui kegagalan......sajak ini tidak dipilih tapi tak apa kita siar kat sini..............


KAU PERGI

Nostalgia memadu
kasih
telah terpahat
dibatu ini

Bila kemahuan begitu
kuat
kita harungi ombak sengsara
kita dayungi
pulau laksana

Belum sempat hari meninggi
kau pergi
Aku
sedang bermimpi
mimpikan pulau laksana

Kau pergi
tinggal kenangan
musim cinta
telah berlalu

Kau pergi
tinggal harapan
musim kasih
telah padam

Kau pergi
tinggallah aku keseorangan
mengusung hari
membimbit mimpi.....


zulbahri hussin
kuantan
27 julai 2011 p/s salam seni.....

Isnin, 25 Julai 2011

DAH TERIMA........terima kasih MP..terima kasih juga pihak penaja..........

Hadiah ...PERADUAN PALING RINGKAS.......DAH KAMI TERIMA......MP dan pihak penaja usah risau, hadiah tu dah kami terima pada hari ini 25/11/2011 jam 10 pagi........lewat sebab sabtu dan ahad jatuh pada cuti hujung minggu......jadi isnin pihak pos laju memulakan tugas..

Terimakasih dan selamat maju jaya.........untuk MP dan keluarga........selamat menyambut bulan puasa yang bakal tiba..........

Jumaat, 22 Julai 2011

SENYUM PAGI AHAD.....Senyumlah sikit........

Sedikit waktu dulu....penulis memang menopoli ruangan SENYUM PAGI AHAD....Akhbar Mingguan Malaysia.........boleh dikatakan tiap2 minggu.......tapi sekarang ruangan tu....telah ditiadakan..........
jom berkongsi senyum...........

Selasa, 19 Julai 2011

Wordless Wednesday


SINGGAHSANA

Kita mempunyai kediaman yang selesa......dikelilingi tumbuhan hijau, jauh dari hingar bingar dan hiruk-pikuk kota raya. Aman tanpa kebisingan kenderaan atau lolongan nyanyian sumbang........mungkin tidak ada yang sudi bertandang...ialah mana ada orang yang sudi berkongsi hidup mendiami gobok buruk macam ni....

tapi rumah ini rumah sendiri......selesa kerana tiap hujung bulan tidak ada orang yang menagih sewaan. Kita hidup mencari selesa..........walaupun kadang2 sedikit cuma.........


SINGGAHSANA

Tinggalkan aku
ruang ini
terlalu sempit

Cukup satu ruang
untuk aku bersila
tanpa meluruskan betis
dan peha

Lenguh
duduk cara begini
terasa sakit
urat dan
saraf

Sukar mencari
singgahsana
yang selesa
jika tidak punya
wang dan
harta.

Zulbahri Hussin.
Kuantan.
19. Julai 2011. p/s syukur dengan apa yang ada........sedikit usaha....moga2 dilimpahkan rezeki.....

.

Rabu, 13 Julai 2011

SELAMAT DATANG RAMADAN......KUALU -ALUKAN KEDATANGAN MU........

Banyak kenangan dibulan Ramadhan........suka dan duka tinggal menyewa bersama kawan-kawan...............
Cubaan yang paling hebat dikelilingi oleh kawan-kawan yang tidak kuat iman, puasa untuk separuh hari............dan kita pun tergoda untuk turut sama berbuka........................................
Kalau cuaca panas...........tengok air dalam lopak pun terliur...................itulah cubaan berpuasa, tinggal bersama rakan2 bujang........................
ramai yang nakal......................

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT PUASA................Juga untuk rakan2 blogger...........
p/s tak lupa untuk Grupemuisi Setanggi.................

Isnin, 11 Julai 2011

SURAT CINTA

Nostalgia surat cinta mengingatkan kita kisah lama..........kisah berbalas surat.......membilang hari.......menunggu encik posmen dan surat wangi disembur pewangi ataupun bedak. Teknologi merubah segalanya.......kita tidak lagi mengasah pena,mengira-ngira dimana patut bermula atau mencari ayat penyudah sebuah surat cinta.
Hanya seminit dua.............menyampaikan hasrat dan seminit dua juga jawapan dibalas.Mudah...menggunakan teknologi masa kini .......SMS.............SAMPAI MESTI SAMPAI.....


SURAT CINTA

Surat cinta
tak berguna
membuang masa
panjang
berjela

Surat cinta
berbunga bahasa
lelah
mengait
puji dan
puja

Terimalah
pesanan ringkas
nyaring isyaratnya
membingit suasana

Berulang membaca
bahasa apa
yang kau guna
tersedak-sedak
sukar
kueja

Surat cinta
berbunga wangi
ia mengharum
dalam hati.


ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan Pahang.
12 julai 2011 p/s surat cinta.............................ada lori ada bas,sudah baca harap balas..........................pecah kaca pecah gelas..........jangan lupa.......balas.....

Jumaat, 8 Julai 2011

SENYUM SENYUM ,senyum hujung minggu......

Senyum Pagi Ahad.................diMingguan Malaysia..............tarikh dah lupa..........Tapi kadang2 saya tersenyum sendiri................sebab dulu memang rajin menulis tapi sekarang .............aduh......lebih suka bermalas malasan........................

Isnin, 4 Julai 2011

CINCIN PERCUMA

Ado sorae saing ambo, maso tu dio tengoh gewang dengan oghe tino pilihan ati dio......... Dio jumpo ambo,
dio kato .....aku nok sungguh kebudok tu......Budok hok namo Ani tu....
ambo kato molek la....................................

Mu kan panda wat sajok,jadi mu wak katku so........................
ambo tanyo saing ambo tu,nok wi derect ko....nok biar semuo manusio tahu......mu sungguh2...mu nok war2kan..........

Kalu gitu, mu tunggu dalam seminggu............aku atar kepenerbitan Utusan Malaysia........mu jange lupo beli surat khobar deh.......

Lepah tu kalu mu nok wi derect mu salin salin sajok tu.................aku tok kisoh.........

Bertahun ambo tok jumpo saing tu......dengar khobar duk Temerloh................anok pun doh ghama...............mugo kekal rumoh tanggo yang dibina.

Aku,.........
kalu baco
sajok cincin percumo ni
teringat kemu....


CINCIN PERCUMA

TERIMALAH cincin percuma
sebagai tanda mata
jangan kau tanya berapa nilainya
nanti bangga pula aku
dapat mengadakan hadiah istimewa.

Kadangkala aku perlu
menyakinkan dirimu
selain dari kata-kata
atau bahasa bunga-bunga
menjemukan telinga.

ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan Pahang.

p/s. mu kalu kelik ktn singgoh umoh aku deh..........sekut-sekut tawar ngan air tea tu ado laa..................

Jumaat, 1 Julai 2011

SENYUM SENYUM

Hujung minggu......kita senyum2..................orang yang senantiasa senyum akan kelihatan lebih muda.......
tapi kalau berseorangan kita senyum.......orang yang melihat akan tersenyum dan mengagak kita sedang mengelamun kisah-kisah yang melucukan.................ataupun kenangan manis.......

Hai senyum nampak .....ada apa-apa ke?........

Rabu, 29 Jun 2011

MARI BERPANTUN


Zaman sekolah dulu2 rajin juga hantar pantun kepenerbitan, tapi dah lupa kat penerbitan mana......sebagai kenangan , adalah simpan ni........dah pudar pun.....

Selasa, 28 Jun 2011

AIR

Antara lembut dan pantas
kejam dan ganas
kau adalah kekasih
yang kuteguk sepanjang
hayat.

Kenangan di Bacaria.............................................AIR........................Hujan pun dah nak turun.......

Ahad, 26 Jun 2011

ORANG YG BAIK

Pernahkah kita berjumpa dengan orang yang baik. Kadang ladang ada tapi kita meragui tentang kebaikan yang dicurahkan, mungkin ada muslihat tertentu. Bila hati menyimpan wasangka, kita senantiasa diburu gelisah. Melayari hidup didunia moden, persekitaran boleh mempengaruhi, merubah tetap hati ,menggoncang keimanan dan memungkinkan perlakuan yang tidak masuk akal.

Orang yang baik ada dimana-mana.......salah seorang, mungkin kita,........kerana kita telah bertekad untuk menjadi orang yang baik.................

Orang yang baik adalah orang-orang........betul tak.......??




ORANG YANG BAIK

Mencari orang
untuk menghiburkan
hati
dikala sunyi

Orang yang baik
disawah padi
tegak berdiri
burung-burung berkongsi
ngeri.



Zulbahri hussin
kuantan Pahang 27/6/2011 p/s berbaik-baik.......suka yang terbaik...

Selasa, 21 Jun 2011

MASUKLAH

Idea kadang2 datang.....kadang2 juga hilang......idea juga muncul tiba2......... Ya melintasi setor kecil yang tidak berpenghuni ni pun muncul juga idea...........

MASUKLAH

Masuklah
tak perlu kupersilakan
anggaplah
seperti rumah sendiri

Seperti rumah sendiri
kau perlakukan
sesuka hati
mengambil apa saja
memunggah
kedalam rumahmu

Ketawalah
jika itu dapat
memuaskan
hatimu.

zulbahri hussin
kuantan.
22/6/2011 p/s tak berminat hak orang lain......tapi kalau pemberian itu penuh keiklasan....apasalah menyambutnya.....sekurang-kurangnya sipemberi tidak berkecil hati......
o.k........jumpa lagi.......salam seni..............

Selasa, 14 Jun 2011

PENYESALAN

Dalam hidup setiap dari kita ada tersimpan penyesalan .......mungkin juga tidak ada seorang pun mengetahui.........kita juga tidak sanggup berkongsi rasa,meluahkan apa yang terbuku dihati.........adakalanya bila bersendirian detik itu bermain main mengusik rasa...............kita tidak boleh berbuat apa-apa......masa menentukankan segalanya.......kita hanya mampu menghela nafas kesal..................

PENYESALAN

Kau marah aku..?
jangan ....
Aku tidak pernah
membenci kamu

Cuma kadang-kadang
aku perlu beralih angin
mengenali orang lain
mungkin lebih baik
dari kamu.....

Dasar...............lelaki......
cemuhanmu keras sekali
kau menyumpah aku..?
sumpahlah.....
aku tidak akan
menjadi batu.......

Tahun berganti
aku kembali
merenung ruang masa lalu
mengingati detik itu

Maafkan aku
aku sesat dibanjaran kehidupan
bongkah -bongkah batu
satu
satu
menimpaku.

zulbahri hussin
kuantan pahang
15/6/2011
.

Khamis, 9 Jun 2011

EGO

Lagi sajak zaman sekolah.....ditingkatan 4..........dari terbiar dalam almari @rak buku tu....siapa nak baca......kalau kat blog ni sekurang-kurangnya dapat dikongsi..........mungkin ada diantara kita pernah mengalami situasi demikian..........

EGO

Aku
pernah meminta
keakraban
tapi kau
abaikan

Aku
pernah meminta
kasih sayang
tapi kau
perlekehkan

Apa sebenar mahumu
sedang aku dalam
keresahan
bagai ribut
menerkam
kejam

Tidak akan kupinta apa apa lagi
cuma
hormatilah aku
sekurang-kurangnya
kau mengerti

Ego lelaki
berbungkus kemas
tak mudah
terdedah......
sombong lelaki
berselimut hasrat
tak mudah
goyah......


zulbahri hussin
kuantan pahang 9 .6.2011 p/s tak sombong..............

Isnin, 6 Jun 2011

AKU SEGERA MENGINGAT

Kenangan diUtusan Malaysia.....sebenarnya banyak kenangan dimedia cetak........bila penulis belek-belek fail lama masih tersimpan keratan sajak yang pernah disiarkan oleh media cetak tempatan.......penulis senyum sendiri ...... Senyum bila teringatkan rakan2 penyair dimana penulis pernah menanggotai grupemuisi. Grupemuisi Setanggi.......adakah rakan2 masih lagi aktif menulis........
Jom hayati sajak aku segera mengingat........klik untuk lebih jelas.....................

Ahad, 5 Jun 2011

PELANGI

Sajak pelangi.........kalau hujan panas ada pelangi.......tapi orang tua cakap kalau nampak pelangi jangan tunjuk......nanti jari bengkok.........
seorang rakan blogger menamakan blog beliau PELANGI......... Kata beliau buatlah satu sajak tentang pelangi...........susah juga nak tunggu pelangi muncul.........kalau ada pun sekejap...
keindahan hanya sementara...........

PELANGI





Hadirmu
sekejap cuma
menumpahkan warna
dalam kabut hujan....
aku terpukau
memekik
riang

Kau adalah
pelangi
penat menanti
pantas
kau
pergi........


zulbahri hussin takut pada pelangi...........seperti lembaga sedang minum air....
kuantan

5/6/2011..

Jumaat, 3 Jun 2011

HATI LELAKI

Kenangan diUtusan Malaysia ............sajak pendek...............pendek sangaaaaaattt......tak jelas.....
haa.......jom klik...........betul ke hati lelaki macam tu..........jawab beb.......

Selasa, 31 Mei 2011

MEMORI CINTA........... EGOKAH AKU?



Kenangan di Akbar Bacaria.......... Jom layan Memori Cinta.......... dulu-dulu............... he he he......
klik coretan ini untuk lebih jelas................. ni time malas nak buat sajak.......... Penulis lakarkan coretan hati...................

Rabu, 25 Mei 2011

AIR

Sudah dua hari Kuantan tak ada air. Memang kecoh,sudah terbiasa bila tangan kotor sikit ,pusing kepala paip........dalam satu hari ada dua
tiga kali pusing kepala paip .........lupa............
Kadang2 bagus juga mengajar kita supaya menghargai air........kita sering menggunakan air tanpa berhemah......bermewah-mewah .......
Hal yang demikian berlaku......barulah kita berfikir dan mula menilai akan pentingnya air......

Jadi selepas ni bila keadaan kembali pulih.......pakat2lah kita menghargai ,menggunakannya dengan cermat .

AIR

Kepala paip
berhenti menitis
hati resah
hidup
gelisah

Telah lama
air mencurah
bermewah-mewah
semburkan apa saja
motosikal
juga kereta.

Mandi manda
gelak ketawa
siram pokok bunga
seronoknya.....

Segelas cuma......
sungguh bermakna
dapat menghilangkan
dahaga......
aduh...nikmatnya.....

zulbahri hussin 25 mei 2011 p/s minum air meneral ......mandi air lombong.......hargailah air......
kuantan

Isnin, 23 Mei 2011

TAKUT

Ada orang suka kepantai melihat lautan luas tak bertepi. Ada juga diantara kita membiarkan anak2 bermain sendiri, leka mengutip kulit siput.......tanpa perasaan takut anak2 asyik sehingga jauh dari pandangan ibubapa..........


TAKUT

Takut
pada pasir
menimbus
diri

Takut
pada gelombang
menenggelam harap
melenyapkan
semangat

Takut
pada bayang
menegak
dihujung kaki
ketika
berdiri.


zulbahri hussin
pantai sepat kuantan.. 24 mei 2011 p/s takut pada orang .........bimbang tak seperti yang kita harapkan..................

Khamis, 19 Mei 2011

KASIH SANYAE/KASIH SAYANG


Ambo dumoh memee menggunakan loghat kelate.......kalu kecek dgn oghe putih pun ambo gitu jugok....tak tau bakpo..........tapi so... jah kalu wat sajok nok atar kepenerbitan.....tak berani nok tulih dalae loghat kelate,.......takut awal2 kena rejet.............ha....ha.....
ni so lagi sajok........ni memee siar........sbb.....surat royat ni.....ambo sediri ketua editor........


KASIH SANYAE/KASIH SAYANG


Kato ambo
kasih sanyae
supo udaro
kito buleh
raso
tapi tokleh
jamoh

Kato che' ambo
kasih sanyae
supo lero makee
kadee -kadee kenyee
kadee-kadee lapar

Kato mok ambo
kasih sanyae
bukee supo hambo abdi
buleh
dipakso-pakso

Kato Poksu Jak
hok duk alik ilir
kasih sayae
supo kito perro
itik ayae
pagi wi makee
pete hambat
masuk gok

Kato Mok Su Limoh
hok duk alik ulu
kasih sanyae
bukee supo kito perro
beruk
jerkoh piat
kalu toksir
rukah

Memee letih berkasih sanyae
tok chek-up
nok hunggar
pagi dan pettee.....


zulbahri hussin.....
kuantan

jumaat.....20 mei 2011.. p/s......hari2 hunggar.......mengurus kehidupan......he...he....

makna ; rukah/panjat
hunggar/berlari
gok/reban

Isnin, 16 Mei 2011

BOSANG@BOSAN

Hari cuti memang bosan. Oghe kelate sebut 'puah'.....puah duduk kat rumah bermaksud jemu....
tak ada aktiviti nak buat. Duduk bangun....duduk dan bangun lagi.....
untuk menghilangkan bosan atau pun puah.......jom layan sajak dalam loghat Teganu kiter.........

BOSANG@BOSAN

Kadangg
hidup ini memang
bosang
tak tahu nok wat
aper

Kadangg
waser nok terbang
macang burung
gi pagi
balik petang

Kadang
waser nok berenang
macang ikang
bebah kat laut
hati senang

Kadang
kecut perut jadi burung
budok-budok
kianat
pakat bidah

Kadang
gerung jadi ikang
kener pukat
puok-puok
nelayang

Habih amber nok jadi aper...
amber jadi amber yang
letih hidup dalam
bosang......

Zulbahri Hussin....
kuantan.... 17 mei 2011..... amber lamer tokgi besut........terkenang.kenang kat saing saing....dulu rajing duk maing saing ghama-ghama......kalu jupper amber jangang luper...tegur dan senyum sokmo deh........

Rabu, 11 Mei 2011

KEMELUT

Hidup penuh dengan kemelut. Sesekali kita bergelut sukar untuk melepaskan nya. Bergelut dengan perasaan sendiri, antara sedar dengan tidak kita juga membawa kemelut kepada orang lain...........dalam kelam kabut kehidupan....kita mencari sesuatu.....kita juga mencari seseorang yang boleh meleraikan kemelut...............siapakah yang sanggup meleraikan kemelut kita......atau orang yang kita harapkan itu........sebenarnya kehidupannya memang dalam kelam kabut..........


KEMELUT

Aku tidak
punya cerita
cuma
kadang-kadang bila
kau pulang
aku kehairanan


Aku kehairanan melihat
kau terpekik
terlolong
bagai disampuk
polong

Sudahlah
leraikan kemelut
dihatimu
tak perlu
kau bersusah payah menceritakan
kisah itu


Aku takut mendengarnya
aku takut mengetahuinya
cukuplah
jangan kau
sebut
hidupmu
penuh
kelam kabut.


zulbahri hussin.
kuantan 12 hb mei 2011 p/s.. kemelut jadi kelam kabut....serabut.......seperti sabut nyiur...




.

Ahad, 8 Mei 2011

MOK@MAK, SELAMAT HARI IBU

Biasanya kita memanggil ibu dengan gelaran mak, tapi orang kelantan menyebut mek.mok.cek.........paling popular mek laaa......generasi baru perlahan lahan menukar kepada sebutan Maa.....atau Mii.........

Sempena hari ibu dan hari guru penulis ingin abadikan sajak dalam loghat kelantan.......loghat ni tidaklah pekat sangat ,mereka dari negeri lain mudah untuk memahaminya.........sengaja penulis campur dengan bahasa malaysi kita........kalau tak faham pun adalah sikit-sikit.........

Puan Hani Debumelukut..........Ha,,,ha....ha selamat hari ibu.........kehidupan bertani orang 0rang kelantan sinonim dengan baruh padi..........jadi sajak ini berkisar tentang kehidupan anak anak petani sedia membantu orang tuanya menguruskan kehidupan seharian......

MOK

Mok
adalah cikgu
ajar aku
mengurus hidup
makee dan
minum

Mok
adalah guru
ingatkan aku
ttari diri nnanti
nanok nasik
sayur keladi

Ilmu dari mok
kukilik gema
belajar cedung
dibaruh
padi

Ilmu dari mok
kubuka rehal
berlagu mengaji
disubuh
sunyi

Mok
cikguku
mok guruku
tak jemu memantau aku
tak jemu kasihkan aku
saban hari
saban waktu.

zulbahri hussin
kuantan 8hb mei 2011 p/s....mek.........selamat hari mek.............

Rabu, 4 Mei 2011

ULASAN SAJAK ROYATLAH @ CAKAPLAH

Ramai yang tak faham sajak dalam loghat kelantan tu......orang kelantan tak jadi masaalah kan.......disini penulis terjemahkannya.....

ROYATLAH

Royatlah
bakpo lidohmu
kelu
memee sakit
ati aku

Royatlah
bakpo mu tiok
aku gi meta
tok seko
mu wat
onar

Royatlah
kelihlah muko aku
sapo kerenat kemu
namokan aku
wi napa

Royatlah
bakpomu
senyap ttupah
hey tokleh tebeng...meta
aku
tipah.

zulbahri hussin.


Penulis terjemahkan ........mudah difahami.........o.k..................sajak royatlah@cakaplah.....berkisar tentang desakkan seorang lelaki kepada kekasih hati........si lelaki ni jenis bekeng atau garang sikit.........mengugut kekasih hati supaya memberitahu siapakah orang ketiga yang sering menganggu@mengacau buah hatinya.Sigadis hanya diam membisu tanpa menjawab........pada rangkap pertama berbunyi........bakpo lidoh mu kelu.......

Sesekali sigadis menangis......pada rangkap kedua berbunyi.......bakpo mu tiok.........Silelaki juga mengatakan dia hanya pergi mengurus pekerjaan hanya sebentar.........dia mengesyaki buah hatinya berpaling tadah.......berbunyi...tak seko mu wat onar.......

Pada rangkap ketiga silelaki terus mendesak.......kelihlah muko aku.........menyuruh sigadis memandang tepat pada wajahnya.....terus bertanya,,,,,,,,,,sapo kerenat kemu..........bermaksud siapa menganggu kamu...........cakaplah biar aku tampar.......he...he....memang empakwenya jenis bekeng atau garang........sikit2 ugut nak tampar........panas baran...tu....

Sigadis terus membisu.......takut nak jawab tu......pada rangkap keempat berbunyi.........bakpo mu senyap ttupah.......bererti senyap terus lansung tak nak jawab......membisu,diam,sepatah pun tak keluar.....senyap sunyi.....seperti tiada manusia kat situ.....

Pada rangkap keempat juga silelaki hilang sabar..........hey tokleh tebeng......bermaksud dah tak tahan dengan sikap sigadis masih diam membisu......

Hampir-hampir juga silelaki bertindak agreasif dengan meluku kepala sigadis......memang jenis bekeng........pakwe ni........berbunyi .......meta aku tipah........

PENGAJARAN DARI SAJAK NI.........Tidak ada pengajaran yang baik.........bekeng serta pongoh tak sepatutnnya diamalkan......kita sepatutnya bersabar serta bertolak ansur.....berilah peluang untuk seseorang itu menerangkankan duduk perkara sebenar.........jangan cepat buruk sangka....

wokey.......sajak itu drama......menyingkap tabir kehidupan.....


Jom hayati dalam bahasa Malaysia kita........biar semua orang faham....


CAKAPLAH

Cakaplah
mengapa kau
membisu
memang sakit
hati aku

Cakaplah
mengapa kau menangis
aku pergi sebentar cuma
tak sangka kau
berpaling tadah

Cakaplah
pandanglah wajah
aku
siapakah dia yang menganggu kamu
biar aku
bagi penampar....

Cakaplah
mengapa kau
membisu
hey....ikutkan hati
kau akan ku
luku.

zulbahri hussin 5 hb 5 2011. p/s tak baik luku kepala orang..........cuba luku kepala sendiri.....kan........sakit tu............

.

Jumaat, 29 April 2011

ROYATLAH @CAKAPLAH

Sajak dalam loghat kelantan.........orang kelantan tak jadi masaalah mereka boleh faham......untuk yang tak faham nanti penulis akan terjemahkan..........................jom baca dulu.......lepas ni penulis akan buat sajak dalam loghat Terengganu pula.............he....he.....


ROYATLAH

Royatlah
bakpo lidohmu
kelu
memee sakit
ati aku

Royatlah
bakpo mu tiok
aku gi meta
tak seko
mu wat
onar

Royatlah
kelihlah muko aku
sapo kerenat kemu
namokan aku
wi napa

Royatlah
bakpomu
senyap ttupah
hey..toleh tebeng....meta
aku
tipah.



zulbahri hussin
pasir putih kelantan.. 30/4/2011 salam mesra untuk kazen2 ambo hok duk alik ilir dan alik ulu............salam seni......kikah gi kikah mari ambo akhirnyo duk Pahe.......toksir kelik.......he..he...

Ahad, 24 April 2011

PUISI AYAH


Kandang lembu , mengembali nostalgia memelihara lembu suatu ketika dahulu. Lembu-lembu dibiarkan berkeliaran bebas meragut rumput kawasan persendirian kadang-kadang terbabas juga kekawasan jiran. Perangai jiran bermacam ragam ada yang pemaaf mereka membiarkan kerana mereka juga mempunyai haiwan ternakan boleh berkongsi ruang.

Kalau jiran yang berkira,memang susah sehingga ada haiwan ternakan dihayun dengan cangkul malah ada haiwan yang teraniya ......ada yang putus telinga.

Tapi ada kalanya mereka juga terdesak......bila kenduri kendara ,mereka juga memerlukan lembu untuk dibuat lauk............adat berjiran, kalau lembu jiran sekampung harganya boleh dirunding .... mungkin lebih rendah.........

Hidup sekampung rugi jika kita asyik berbalah........hal pun remeh temeh je.............

Melihat kandang lembu, ada sesuatu yang istimewa.....bila senja penulis hidupkan unggun api.....
agar lembu lebih selesa tanpa gangguan nyamuk..........

Melihat kandang lembu juga......mengembalikan kenangan pada kegigihan arwah ayah .....menyabit rumput untuk dijadikan makanan lembu...........



PUISI AYAH

Mencari puisi ayah
pada cangkul
diladang
pada lembu
dikandang

Puisi ayah
pada semutar
kain lepas
sabit dipinggang
huyung hayang memikul
kandaran buluh

Mudah mencari
puisi ayah
bersandar pada tiang seri
kepul asap
daun pucuk
menghela nafas
pada pekat malam

Puisi ayah
pada dengkur keimanan
laungan azan
subuh.


Zulbahri Hussin........25/4/2011........hakcipta telah dipelihara............ciplak dilarang.........ngeeee....ngeeee...

Kuantan, Pahang. p/s Kandang lembu milik peribadi......sesekali masuk menjengah.....tidak mengembek.................kerana ia kandang lembu.........

Rabu, 20 April 2011

BUKAN NIATKU

Kenangan diMingguan Famili............... maaf tak berapa jelas.....klik untuk besarkan.....
soal hati dan perasaan.....bila tak ada idea.........bosan....bosan .....dan bosan..................jommmmmm.......

layan...........bila serabut dah datang..............bukan niat ku.........kawan2 pun mungkin mengalaminya....................................

Ahad, 17 April 2011

DEMIKIANLAH


Kenangan di Mingguan Wanita ................berunsur ketuhanan............klik.......untuk lebih jelas......
jom kita hayati...........................sajak pendek ini...............demikianlah kita........

Sabtu, 16 April 2011

BARANGKALI

Kenangan di Utusan Malaysia......... Jom layan............ puisi ini sangat pendek..................
Hanya satu rangkap..........
Kalau deklamasi di atas pentas orang tak puas........
Orang mesti cakap ............ itu aje........
baik tak payah.......... he he he.........

Jumaat, 15 April 2011

GAH


Bosan dengan sajak budak sekolah menengah.....membicarakan permasaalahan yang sama...soal hati dan perasaan...diulang2....dikait...........

Sajak bertajuk GAH ,disiapkan sepintas lalu.........sambil makan kuaci.......waktu cikgu sakit kepala.......awak buatlah kerja sendiri.....tapi jangan bising.....

Walaupun bosan dengan sajak2 soal hati yang remeh temeh ini....penulis ingin kongsikan bersama..............setiap catatan itu ada kenangan walau sikit tapi ia berbekas....................



GAH

Gah
tegak berdiri
merimbun redup
burung-burung
singgah dan
pergi

Gah
segagah hati
melangkah pergi
daerahmu
tidakku
hirau lagi

Gah
tanpamu disisi
aku pasti
hidupku ini
tetap berseri.


zulbahri hussin
kuantan 15/4/2011 p/s..... gagahkan hati.......menyelak helaian kertas2 lama.....sayang hendak dibuang......ada nota yg belum diisi dengan noktah.........................

Rabu, 13 April 2011

JIKA

Sajak zaman sekolah menengah memang banyak. Penulis gemar conteng2 kertas......ada je kertas kosong penulis tidak siakan....

Sajak diberi tajuk JIKA......ditulis ketika waktu rehat.....ilham memang banyak sebab geng2 sibuk berebut karipap dikantin...........



JIKA

Jika kau
hilang
kunanti kau
kembali


Jika kau
ghaib
kutunggu kau
dikaki bukit


mencari kekasih
yang iklas
memang sukar
perlu bersabar


Tapi kalau kau
tak suka
aku peduli
apa


Sememangnya tak bermakna
jika aku terus
menyimpan
harap


Aku ada harga diri
tak patut
aku melutut
dan patuh.


zulbahri hussin
kuantan Pahang.
13/4/2011 p/s begitulah sajak sekolah menengah......ada bodoh2 sikit.......tapi dlm bodoh-bodoh lahir juga cerdik.....sering mendapat tempat dimedia cetak..........walaupun tak sehebat penulis besar.......dibirai tangga pun cukup..................

Sabtu, 9 April 2011

ANEH PADA CERMIN


Dimalam hari jika tinggal berseorangan dirumah beranikah kawan2 melihat cermin??.....kalau berani....saya katakan ..bohong .....
Malah jika terputus bekalan eletrik ramai yang rasa berdebar melihat cermin.......Jangan main2 dengan cermin.........
melintasi cermin disiang hari pun kawan2 boleh terkejut.......perhatikan adakah sama wajah kita didalam cermin.......kalau cermin buruk, berhabuk...retak......wajah kita menjadi bengkok serta senget...........jom lihat cermin....cuba bayangkan ...bila kita melihat cermin ada seseorang dibelakang kita asyik memerhatikan tingkahlaku kita.........

ANEH PADA CERMIN

Pada cermin
sisirlah rambut
memicit jerawat
membetulkan ketayap

Pada cermin
melirik segak
anggun
bergaya

Aneh pada cermin
wajah menjadi
bengkok serta
senget

Ajukkan cermin
menakutkan
bebayang hitam
datang dan
hilang.

Aneh pada cermin
mengapa aku
sengaja takutkan
diri sendiri.


zulbahri hussin 10/4/201 p/s......cermin telah diganti baru.....takut juga melihat diri terang lagi jelas..................................................kumis tidak diperkemas..........he2.........he.........


hakcipta telah dipelihara........ciplak adalah dilarang...

Rabu, 6 April 2011

MAKAN PAGI


Bila selesai solat subuh mak datin tanya nak makan apa pagi ni.........entahlah jawabku acuh tak acuh je....sebab aku sedang asyik melayan komen2 yang singgah kat blok sajak ni. Komen2 ni perlu dibalas segera sebab bila dah lama mungkin terlupa pula. Atau mungkin juga pengomen2 membelek belek.....mengapalah komen beliau tak dihiraukan. Atas menghargai komen2 tersebut elok aku memperuntukkan masa minum pagi kesini......atau mungkin dalam beberapa minit lagi kawan2 datang menjemput aku untuk minum dikedai.

Dalam meneliti komen2 yang singgah .....aku tersenyum melihat komen dari blogger CEKODOK.........

Pisang ada.....ni dah ranum....dah lembik dah......teperanjat aku.........mak datin meninggikan suara.......ialah kalau perlahan..aku tak hiraukan..........

pagi ni....goreng cekodok je........mak datin menambah.......
tak nak .......kan semalam dah goreng................janganlah buat benda yang sama......sakit perutlaaa...pagi2 ni......manis.......

termenung aku.......memikirkan nak makan apa......

hidupkan enjin motor tu.......kat simpang sana ada orang jual nasi dagang.....beli je.... cekodok tu kita goreng petang ni.......sahutku.....


MAKAN PAGI

Makan pagi
sukar dijangka
kadang kadang lewat
singgah saja
kedai mamak


Buih teh tarik
membuak buak
sekali teguk
separuh
luak

Makan pagi
pulut ditanak
hingga tengahari
perut tidak
senak


Makan pagi
membawa berkat
ditemani isteri
dan
anak-anak.



zulbahri hussin 7/4/2011

kuantan. pahang p/s.... makan pagi kadang2 nasi semalam diper......hangat.....berlauk ikan kukus.............makan pagi tak berkira......mujur ada.......rezeki hari ini berkongsi juga....sikucing dikaki......renung meminta................

Ahad, 3 April 2011

KAU YAKIN

Menyelongkar buku buku lama zaman persekolahan terjumpa sajak2 lama. Sajak ini terselit dicelahan buku latihan. Laungan cikgu supaya murid ambil perhatian ...... . .. aku tidak kisah langsung.....aku juga memandang kehadapan seperti faham apa yang cikgu terangkan, padahal tangan ku mencatatkan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan isu yang dibincangkan......
aku hanya dengar bla....bla...bla.........

Sajak ini begitu ringan......mudah difahami.....dihasilkan sewaktu disekolah menengah........
munculnya idea untuk melakarkan sajak ni.....setelah aku habiskan sebuah novel karya sasterawan negara........penulis novel tu..ingat2 lupa........lama sangat...........

Pernah dihantar kepenerbitan tapi tidak disiarkan.......tiada kepentingan kot..... ..sebab permasaalahan jiwa remaja..........soal remeh temeh......


KAU YAKIN


Kau mencari
yang lebih baik
selain
aku

Terpulang
takkan nangis
memilih
aku

Kau
punya otak
bisa pecah
fikirkan

Kau
yakin tidak ada
cinta
kau
yakin tidak ada hasrat
mengambilmu
sebagai suri
hidupku

Atas segalanya
aku masih
menanti
tanpa
jemu.

zulbahri hussin
Kuantan,

p/s penerbitan diblog bila2 masa je.....3/4/20011.......tak perlu menanti sudah jemu......itu dulu2 he.......he........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...