Kita mempunyai kediaman yang selesa......dikelilingi tumbuhan hijau, jauh dari hingar bingar dan hiruk-pikuk kota raya. Aman tanpa kebisingan kenderaan atau lolongan nyanyian sumbang........mungkin tidak ada yang sudi bertandang...ialah mana ada orang yang sudi berkongsi hidup mendiami gobok buruk macam ni....
tapi rumah ini rumah sendiri......selesa kerana tiap hujung bulan tidak ada orang yang menagih sewaan. Kita hidup mencari selesa..........walaupun kadang2 sedikit cuma.........
SINGGAHSANA
Tinggalkan aku
ruang ini
terlalu sempit
Cukup satu ruang
untuk aku bersila
tanpa meluruskan betis
dan peha
Lenguh
duduk cara begini
terasa sakit
urat dan
saraf
Sukar mencari
singgahsana
yang selesa
jika tidak punya
wang dan
harta.
Zulbahri Hussin.
Kuantan.
19. Julai 2011. p/s syukur dengan apa yang ada........sedikit usaha....moga2 dilimpahkan rezeki.....
.
4 ulasan:
dikumpul harta berjuta,
tetap tidak ditanding singahsana satu ini..
keliling dunia dgn mewah harta,
tetap tidak terbilang indah jika kena caranya,singgahsana ini..
mencacak dinding emas,
berpagar kayu jati,
namun singgahsana hentian terakhir ini, tidak tolok bandingnya,
jika benar cara hiasan dunianya,
tidak luas betapa,
tidak dalam mendepa,
7 kaki dalam 3 kaki lebar,
cukup buat seisi tubuh,
singgahsana terakhir kita..
:)
walau sehebat manapun s/sana kita....namun jika dikelilingi derita...hnya mnyesakkan dada..biarlah punya gobok buruk tapi sntiasa bahagia..
p/s..sedang membaca buku Sangeetha..karya Azizi Hj Abdullah...
sepit kuku...
ya....betul...panjang komen tu,bagus.....lain kali komen lagi.......bernas.....
jangan lupa komen kat sini selalu....
Mulut Payau..
tapikan org dulu2....kerja kg je........tapi bahagia......
kita,sekarang rumah mewah/kereta besar duk bercakaran je.....kat mana silapnya tu.......
mungkin curiga antara satu sama lain.....kot....
entah lah........manusia ni pelik....
Catat Ulasan