Pengikut

Ahad, 24 April 2011

PUISI AYAH


Kandang lembu , mengembali nostalgia memelihara lembu suatu ketika dahulu. Lembu-lembu dibiarkan berkeliaran bebas meragut rumput kawasan persendirian kadang-kadang terbabas juga kekawasan jiran. Perangai jiran bermacam ragam ada yang pemaaf mereka membiarkan kerana mereka juga mempunyai haiwan ternakan boleh berkongsi ruang.

Kalau jiran yang berkira,memang susah sehingga ada haiwan ternakan dihayun dengan cangkul malah ada haiwan yang teraniya ......ada yang putus telinga.

Tapi ada kalanya mereka juga terdesak......bila kenduri kendara ,mereka juga memerlukan lembu untuk dibuat lauk............adat berjiran, kalau lembu jiran sekampung harganya boleh dirunding .... mungkin lebih rendah.........

Hidup sekampung rugi jika kita asyik berbalah........hal pun remeh temeh je.............

Melihat kandang lembu, ada sesuatu yang istimewa.....bila senja penulis hidupkan unggun api.....
agar lembu lebih selesa tanpa gangguan nyamuk..........

Melihat kandang lembu juga......mengembalikan kenangan pada kegigihan arwah ayah .....menyabit rumput untuk dijadikan makanan lembu...........



PUISI AYAH

Mencari puisi ayah
pada cangkul
diladang
pada lembu
dikandang

Puisi ayah
pada semutar
kain lepas
sabit dipinggang
huyung hayang memikul
kandaran buluh

Mudah mencari
puisi ayah
bersandar pada tiang seri
kepul asap
daun pucuk
menghela nafas
pada pekat malam

Puisi ayah
pada dengkur keimanan
laungan azan
subuh.


Zulbahri Hussin........25/4/2011........hakcipta telah dipelihara............ciplak dilarang.........ngeeee....ngeeee...

Kuantan, Pahang. p/s Kandang lembu milik peribadi......sesekali masuk menjengah.....tidak mengembek.................kerana ia kandang lembu.........

8 ulasan:

Shila berkata...

ada berapa ekor lembu incek zul??

nanti senang nk buat kenduri..

zul permatang badak berkata...

miss senget...
dah jual habis......nak kenduri???
miss senget order lauk yang dah siap......

Jendela Hati berkata...

Alfatihah buat arwah... kenangan buat orang yang dicintai...

zul permatang badak berkata...

JENDELA HATI..
tempat yg paling jauh adalah kenangan.......

zue berkata...

kenangan lalu itulah kita jadi ikhtibar.

zul permatang badak berkata...

satu jam yg lalu....adalah kenangan....sebentar kita tinggalkan......sebentar kita berpaling pergi.............takkan berulang lagi.....

hentian berkata...

yang tak bestnya bila terlanggar taik lembu macam Kg High Chapparal, tempat mak abah ibu_suri tinggal..

zul permatang badak berkata...

Insan Marhaen..
lembu tidur tengah jalan...kat kg pemandangan biasa...he..he..

ya ingat cerita koboi tu....dulu2 kat tv......arwah ayah memang minat.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...