
Sempena iduladha (raya kedua) mengadakan jamuan daging singgang, saudara mara juga jiran sekampung. Makan bersila di hamparan kanvas mengeratkan silaturahim.

Saudara Sani dari Mersing tersenyum puas, pertama kali merasai 'gear box' singgang dan daging goreng 'fresh'. Sari too much... Kami makan daging. Masakan orang pantai timur memang best.

Abang Kamal berbaju kuning dari awal hingga akhir bekerja keras memastikan masakan dihidang tepat pada waktunya.

Air tebu 'fresh' minum sepuas-puasnya. Satu orang berkemungkinan meminum dalam empat gelas. Yang terhidang ini, adalah trip yang kedua dimesin. Itulah untungnya bila mana kita ada kebun tebu sendiri...
2 ulasan:
Suasana yg indah penuh silaturahim. Apatah lagi dengan jamuan singgang tulang, memang akan menjadi kenangan mengusik jiwa. Alhamdulillah kerana di beri peluang oleh Allah untuk detik itu.
shukur..Alhamdulillah....
Catat Ulasan