Ahad, 14 Februari 2010
SEMAK SAMUN SENI SEMULAJADI
Aktiviti menebas membersihkan semak di sekitar kawasan kebun beberapa hari lalu menemui rimbunan pokok yang terasa sayang untuk ditebang.Pokok tembesu banyak gunanya.Digunakan untuk membuat tiang pagar (turus) paling tidak pun bangsal , kandang lembu , reban ayam dan pelbagai , berkaitan dengan pembinaan masyarakat kampung.
Melihat rimbunan pokok tembesu , dada terasa lapang alangkah ruginya jika ditebang.Jika ditebang hilanglah tempat berteduh @ tempat berlindung dari terik matahari.Kami bercadang untuk membiarkan ia membesar sebesar mungkin.Suatu hari nanti ia menjadi kebanggaan kami dimana kami dapat jadikan tempat berkelah , aktiviti luar rumah dalam lingkungan peribadi.Kami juga terfikir dapatkah semak samun ini bertahan dengan kepantasan pembangunan sekitar.Kerancakan projek perumahan bagaikan cendawan tumbuh sedikit sebanyak mengganggu kelangsungan habitat yang mendiami semak samun ini.
Walau apa pun kami tetap akan memelihara @ menjaga semak samun ini.Hutan kecil ini meninggalkan banyak nostalgia.Nilai seninya hanya kami dan burung-burung.........pergi pagi dan tetap pulang pada petangnya merehatkan diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan