Pengikut

Isnin, 21 November 2011

BAH

BAH


Renyai-renyai
kadang-kadang menjadi
lebat

Hujan sekejap sekejap
disemua tempat
mendung serta
berangin

Awasi anak-anak
jangan biarkan bermain
ditepian parit serta
longkang

Simpan
dokumen penting
patuhi arahan
segera berpindah

Bah
hadapi dugaan dengan
tabah.........


zulbahri hussin
kuantan
22 nov 2011

p/s.......................hari ini hujan..........duduk rumah diam-diam............kalau banjir,budak2 gembira peluang bermain air..........tapi hati-hati........

Ahad, 20 November 2011

ESOK-ESOK.........BILA...?.....

ESOK-ESOK......BILA?....

Bertangguh
mengumpul dalam satu masa
penuh

melimpah
tak terkutip
ruah

esok-esok
bila?
tahun depan....

esok-esok
bila?
hari ini.....

katakan esok saat ini
kita siapkan semuanya...............

tak perlu tunggu,
habiskan malam ini
pejamkan
mata

tak perlu cemburu
mimpi kita
berbeda.

zulbahri hussin
kuantan
21 nov 2o11
p/s..............................niat untuk mempertingkatkan kejayaan diri usah ditangguh,melihat kejayaan orang tak perlu kita cemburui.................usaha yg berterusan lambat laun kita juga akan memperolihinya...............

TAUT

TAUT


antara kita
ada pemisah
usah rapat
kelak menjauh

renggang pun
tidak mengapa
sekurang-kurangnya kau
masih
melempar senyum

tak perlu
engkau kalut
dalam hati tetap
bertaut

dalam hati
tetap utuh
kita berjanji untuk
patuh.


zulbahri hussin
kuantan pahang
20 n0v 2011

Jumaat, 18 November 2011

DEMI



DEMI


Aku
terlelap seketika
namun kelibatmu
dapat kubaca


engkau bijak
memutar helah
membuatkan aku
sering berbalah


senyum terpaksa
manis menyiksa
mesra
pura-pura


demi persahabatan
rela
kutelan
walaupun payah


demi persahabatan
rela
kusimpan
walaupun tertikam.


zulbahri hussin
kuantan pahang
19 okt 2011

p/s..............................demi persahabatan............rela kudiam .....................

Rabu, 16 November 2011

TEMPAT JATUH

TEMPAT JATUH


Mengenang
tempat jatuh
hatiku luluh
tempat bermain tapak gajah
hatiku megah

Upih ini
sepantas kereta
eratkan genggamanmu
heretlah aku
kehujung sana

Galahmu yang panjang
jangan hadang
aku berang
bila kau
halang.

Zulbahri Hussin
kuantan
17 okt 2011


p/s.................................teringat zaman kanak2 main tempurung kelapa .. he...he..he...

Ahad, 13 November 2011

RINDU

RINDU

Rindu
pada sawah
rindu
pada kampung halaman
rindu
pada kedamaian
rindu
pada kenangan.


Hingar bingar kota
mencambahkan gejala
mencabar
keimanan kita


Hidup diatas roda
berpusing ligat
kadangkala tercampak
jatuh
hilang paksi

Sukar berlari
atau beraksi
bila masing masing
menyembunyikan diri

Rindu
rindu pada
kemesraan sipenghuninya.........


zulbahri hussin
kuantan pahang
14 nov 2011.

Jumaat, 11 November 2011

PENGHUJUNG TAHUN

Kelender tahun baru 2012. Penulis sudah memperolihi........meneliti serta membilang hari hanya ada satu bulan lagi maka tutuplah tirai 2011. Mengalu-alukan 2012 dengan tekad serta azam baru. Tapi azam lama hanya azam......diheret pula untuk tahun hadapan. Maka setiap dari kita begitulah............bila tiba dipenghujung tahun.....bertanya tentang azam........maka jawablah kita....bla....bla..bla......sampai berguni azam. Tak salah untuk berazam.......tapi ada juga kita ni......azam tinggal azam je.........


PENGHUJUNG TAHUN

Segalanya
akan ditutup
usaha dan perancangan
akan diheret
ketahun depan

Kalender hidup
lemah longlai
gagal
atau silap
susun atur

Penghujung tahun
tekad yang sama
semangat membara
rentak hidup tidak berbeza

Begitulah
penghujung tahun
kedut menyinggah
usia bertambah.

zulbahri hussin
kuantan pahang
12 hb okt 2011

p/s cepat masa berlalu................................terkedu........sedar2 tahun baru......

Selasa, 8 November 2011

KORBAN KITA

KORBAN KITA


Melihat
darah merah
mengalir pengorbanan
mengalir penghayatan

Berkorban apa saja
harta maupun nyawa
masa dan tenaga
dikumpul disini

Kita ulang
tahun demi tahun
kita redha
seiklas hati

Kita selami
harta dikongsi bersama
yang tidak punya juga
merasa nikmatnya

Baik cantik serta elok
pahala berganda
yakin janji
Yang Maha Kuasa
merestui pengorbanan
hambanya.

zulbahri hussin
kuantan
8 nov 2011

Selasa, 1 November 2011

MENCARI HALUAN

Mengemas fail2 lama terjumpa sajak ni.....Sajak zaman sekolah kut......banyak betul sajak2 cintan cintun .........dari dibuang elok dikongsi bersama.......


MENCARI HALUAN


Cinta kita
berdua
tidak akan pecah
diterik mentari

Cinta kita
berdua
tidak akan luntur
dek pantasnya masa

Tapi
aku tidak menjadi riang
bila kau
jadi kekasih

Palong hati
sebenarnya kosong
tidak ada apa apa lagi
aku berusaha melupakanmu

Lihat pada janji
lihat pada kesungguhan
lihat juga pada angin
membawa benar akan cintamu

Fikirkan dirimu
sebenarnya tiada sejiwa
elok mencari haluan
kerana kita
tidak saling
percaya........


zulbahri hussin
kuantan
1 nov 2011

p/s....................................elok menentukan haluan masing2.....dari bersengketa.........arah tuju elok juga dirancang dari awal......................sukar melepaskan resah....payah membebaskan gelisah............






Jumaat, 28 Oktober 2011

HARAPAN

HARAPAN


Wajahmu
hilang dimata
ditimpa hujan


Cuba untuk mengingat
bila hujan berhenti
tapi
hujan pantas mencurah

Aku masih lagi mengharap
hingga gelembung-gelembung
buih pada cucuran hujan
pecah
satu-satu.

zulbahri hussin
kuantan
29 okt 2011.

.P/S........................................................membilang buih satu-satu........pecah,........tercipta kembali bila hujan...........benarkah cinta mudah datang dan mudah pula pergi................???.......................

Isnin, 24 Oktober 2011

IT

IT

Masa tidak dibazirkan
segalanya memenuhi hasrat
walaupun berjam-jam
dikerusi ini

Zaman IT
rentak hidup dikemaskini
nampak jelas
tiada sembunyi-sembunyi

Ada untung ada rugi
untung
hidup tak perlu berlari kesana kesini
rugi
maruah diri tidak dipertahan
disimpan rapi

Rahsia diri
kemas berkunci
rahsia hati
kejap disanubari.


zulbahri hussin
kuantan
24 okt 2011.

p/s........................................perlukah berahsia dalam hidup?..............................Kadang2 tidak menjadi rahsia lagi,bila saling mempercayai diantara satu sama lain...........................

Ahad, 16 Oktober 2011

EMOSI


EMOSI


Kejamnya mata
jelingannya menikam kalbu

Kejamnya kata
omelannya menghiris rasa

Kejamnya tingkah
hayunanya menerjah ganas

Ya, matamu mata pedang
mulutmu mulut longkang
tingkahmu amat keterlaluan

Hiduplah kamu
sendiri-sendiri
layanlah emosi
jika itu boleh
memberi bahagia.

zulbahri hussin
kuantan.
17 okt 2011.

Jumaat, 14 Oktober 2011

USIA


USIA

Gusar
meneruskan langkah
lebih baik
berdiam diri

Esok belum pasti
kita segagah ini
mungkin tiba-tiba bertandang lelah
gerak pun patah
hayun juga akan
punah


Merenung diusia muda
laluan ini
aku bina dari tenaga
serta akalku yang dikerah seharian
tapi
hari ini mereka semua terpaksa tunduk pada
tiga warna yang bertukar ganti

Seorang tua
minta dipimpin
kerana pandangan kabur
hatinya hancur.

zulbahri hussin
kuantan
15 0kt 2011

p/s......................................p/s . remaja semua jangan sombong......jika lihat pakcik/makcik....yang takut2...........nak lintas jalan tu....tolonglah pimpin.........tanpa kita sedar mereka banyak meninggalkan jasa serta khidmat masa mereka muda2 dulu.........o..k........
...........................................jumpa lagi.....

Rabu, 12 Oktober 2011

TEMAN

Bisiklah kekuatan
ketelingaku teman
agar aku
seiring bersamamu
menongkah
arus kehidupan

Bukan hilang punca
atau condong
tegaknya
cuma kadang kadang alangkah baiknya
kita sama-sama
berlari dan berhenti
pada garisan
yang ditetapkan.


zulbahri hussin
kuantan.
13 okt 2011.

Khamis, 6 Oktober 2011

TIDAK



TIDAK


Bersengkang mata
mendengar kisah hidupmu
malam panjang
lambat kesiangan

Telah kucuba
membuka ruang
cinta tidak akan terhapus
oleh masa

Telah kucuba
merapat waktu
mengunci tepat
pada jangkanya

Sayapku patah
tidak akan kubawa
kau
terbang

Cintaku goyah
tidak akan kudukung
kau
kepelamin angan.

zulbahri hussin
kuantan
6 okt 2011

p/s...................................Tidak........tidak mungkin............

Selasa, 4 Oktober 2011

TAKUT


TAKUT


Takut
dibiarkan bebas
disumpah seranah
jiran tetangga
punca bermasam muka

Lebih baik
dikandang ini
makan disediakan
dibelai
dimanja

Hidup
berbatas waktu
malam merehatkan diri
siang meragut rezeki

Hidup
lebih sempurna
jika dihad
disukat takat nafsunya

Perhatikan manusia
akalnya berjalan
lahabnya panjang
dikandang ini
tak berpeluang.

zulbahri hussin
kuantan pahang
5 okt 2011.


p/s.................................bila hari bertukar wajah ....kehidupan harus berbeza.......malam hari diam2 dikandang............terhindar dari fitnah.....

Isnin, 3 Oktober 2011

KEJARLAH

KEJARLAH

Aku sang pagi
menceriakan hidupmu

Aku sang petang
meresahkan pulangmu

Aku sang malam
menggelapkan pandanganmu

Berlarilah kelangit
petiklah bintang
agar bersinar
cahaya terang

Kejarlah sang aku
aku nampak kamu
jauh....

Tapi
elok berjauh
cinta dan cita-cita
akan bersungguh.........

Mampu melengkapi
fantasi berubah
menguat tekad
dihati.



Zulbahri hussin
kuantan
3 okt 2011.

p/S.........................Angin yang menghembus mesra tidak akan melekakan cita-cita, panas mentari akan menghangat semangat dan tekad.................

Rabu, 28 September 2011

POK SUDU SENOR



POK SUDU SENOR

Setiap pagi
dengan mata berkaca
kau merenung tajam
memerhati gerak
geriku

setiap senja
kau merangkak lesu
mengusap wajah kesal
terkurung bilamana aku
menutup pintu

Bertanyakan pada Pok Sudu Senor
setiap malam
adakah tidurmu
seperti tidurku
mendakap serpihan mimpi-mimpi
ngeri

Dari tingkap yang
terbuka
terbanglah Pok Sudu Senor
aku takut berkongsi rasa
terbuku dihatiku
seakan sama
tersimpan dijiwaku
tak perlu
kucerita.

Zulbahri Hussin
Kuantan Pahang
28 sept 2011


p/s.........mentadak mentadu pergilah beradu, tak akan ku perlaku sesuka hati ku,kau perlu kebebasan untuk bercerita tentang tidurmu yang dipersoal generasiku sejak dulu..................
bagaimana tidurmu,bagaimana mimpi mu....cuma kau yang tahu........

Sabtu, 24 September 2011

ROKOK

JADIKAN TEMPAT KERJA JUGA BEBAS ROKOK.................................................................

Sebulan berpuasa dan selama sebulan kita tidak merokok disiang hari........................tekad serta semangat begitu kuat untuk berhenti merokok namun semangat itu perlahan lahan luntur.....mengapa?
ya...kita terpengaruh dengan kawan2 yang sudi menghulurkan rokok percuma.........

ROKOK

Acapkali kau
terbatuk-batuk
menahan lelah
dengusmu
penuh makna

Berjanji
pada diri
bersengketa dalam
hati

Kepul asap
yang kau hembus
siang tadi
masih bersimpul
diudara.

zulbahri hussin
kuantan pahang.
25 sept 2011.

Khamis, 22 September 2011

KAWAN

Lebih baik berkawan
dari duduk sendirian
bosan
asyik termenung sampai
petang

Lebih baik berkawan
ada selera makan
walaupun tak kenyang
tapi hati senang
bila ditenung
dan dipandang

Kawan
kau meminta keakraban
maaf
tak dapat kuberikan
aku memang kejam
tak kupatuh
pada perjanjian

Kawan
kita terpisah oleh keadaan
namun tak akan
kulupakan
pelita jujur yang kau
berikan
masih menerangi
mewarnai kehidupan

padamu kawan
nostalgia kusimpan
kujadikan rencah rasa
tetap manis
disanubari.

zulbahri hussin.
kuantan pahang.

Sabtu, 17 September 2011

SENYUM DIPAGI AHAD


Hari jumaat cuti,sabtu pun cuti...............hari ahad memang cuti...........itu yang senyum senyum tu.......

Isnin, 12 September 2011

UPSR

Buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok sediakan kelengkapan sebaik mungkin dan tidurlah secukupnya. Jawablah soalan dengan tenang............

ILMU

Ilmu
antara ranjau
dan duri
akan tetap kuburu
atas nama kesungguhan

Tercipta
peluang dan
ruang
untuk kubina istana cita.

Cita yang membara
membela maruah
bangsa dan
negara.


zulbahri hussin
kuantan
12. sept 2011. p/s..titisan cita-cita mekar mewangi

Jumaat, 2 September 2011

WARNA WARNI AIDILFITRI


Aidilfitri berlalu pergi dan kita pun meninggalkan kampung tercinta untuk meneruskan urusan harian dikota..........................kita kembali bekerja.....................warna warni aidilfitri banyak meninggalkan kenangan.................


WARNA WARNI AIDILFITRI

Setahun
hanya sekali
hari raya telah
pergi

Hari bahagia
tinggal kenangan
bersamamu kawan
bersembang hingga malam

Setahun
hanya sekali
melayan rindu
penuh dendam
jenaka panjang hingga berang

Kembali berjarak
hati berat
wajah kelat
tapi
itulah hakikat
hidup perlu diasuh dengan
tugas dan
tanggungjawab.

ZULBAHRI HUSSIN
kuantan
3 hb september 2011 Sabtu p/s isnin kembali bekerja.....................masih ada sisa-sisa kueh.........................itu ............yang sedap...............................................................................

Rabu, 31 Ogos 2011

HARI RAYA KEDUA

Hari raya kedua penulis beraya jauh sikit dari kawasan rumah,lagi pun orang cakap jalan dari Kuantan ke bandar Pekan sedap memandu kenderaan,......jadi penulis pun nak cuba, yaa...memang best jalan baru......perjalanan lancar,cuma gerun juga bila mengambil selekoh......
Hati-hati dijalan raya.......................

Khamis, 25 Ogos 2011

AIDILFITRI


Sudah menjadi kebiasaan,bila hampir dengan hari raya kita sering berbalas ucap........meminta maaf....jika ada salah dan silap.....................Saya pun ingin meminta maaf pada sahabat maya semua........manalah tahu komen2 yang singgah mengguris hati atau ayat2 pendek dekat shoutbox tu, kut2 tersinggung.......sebab saya ni suka sangat menyakat........he...he...


AIDILFITRI



Kota
menjadi sepi
tatkala syawal
menjelma

Anak dagang
berbekal rindu
menggalas ria
terbayang kampung halaman.

menjelang hari
bergemanya takbir aidilfitri
Allahu-Akbar Allahu-Akbar
Allahu-Akhbar

Pada kawan
mengenang persahabatan
ada sapa yang pedas
ada cuit yang panas
maafkan.....

Desa
menjadi riang
tangan dihulur
bermaaf maafan
ibu ayah
adik abang
rakan taulan
gembira menyambut
lebaran....

zulbahri hussin
kuantan
25 ogos 2011....................................25 ramadhan 1432.....................SELAMAT HARI RAYA.

Sabtu, 20 Ogos 2011

PROGRAM TADARUS PERDANA 2011 DI DMP KAWASAN PAYA BESAR KUANTAN, ANJURAN DMP KAWASAN PAYA BESAR MENYEMARAKKAN LAGI KEMERIAHAN RAMADHAN..... AMIN...


Pada 20 Ogos 2011 berlangsung Tadarus Perdana 2011 anjuran DMP Kawasan Paya Besar berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua muslimat yang telah menyertai program tersebut. Ianya telah merapatkan hubungan ukhwah serta menyemarakkan aktiviti kerohanian sempena bulan ramadhan ini.

Terima kasih cenderahati kek batik yang comel ini. Selamat berbuka dan selamat hari raya . Sesungguhnya mereka yang berada di medan perjuangan adalah orang-orang yang berjaya dan diberkati perjalanan hidupnya.











Selasa, 16 Ogos 2011

INSAF

Dulu ada geng2 kita yang tak puasa. Curi-curi makan. Tempat paling selamat tepi sungai,pura2 pergi memancing.........Haa.....itu cerita lama laa.......sekarang mereka semua dah berkeluarga...........dah insaf dah.............


INSAF

Pulang
berbuka sehari dua
bersama keluarga
meriahnya


Nun dikota
terlalu banyak tipu daya
puasaku
hanya sendiwara

Didesa ini
tercalit keinsafan
bila ramadhan
melambai tangan
terpaksa kulepaskan

Sayang
dipenghujung ramadhan
lewat hatiku terbuka
untuk mengisi
ruang
dengan keimanan
dan taqwa.

zulbahri hussin
kuantan.

17 ogos 2011
17 ramadhan 1432

p/s....................................pada adik2 remaja,jom puasa sampai habis..........................jangan curi-curi makan..............












Khamis, 11 Ogos 2011

SINGKAT.......11 OGOS .....11 RAMADHAN......2011......DAH 11 HARI KITA PUASA.....

SINGKAT


Memberi segala
pada kita
ruang untuk bernafas
ruang untuk rehat-rehat


Mendaki hidup
pada persinggahan
yang singkat
malam siang
dan malam kembali


Singkat ramadhan
sedar-sedar dipertengahan
kita terlena dalam
lahab selera

Yang pasti
ramadhan tetap meninggalkan
kita
meninggalkan bazaar
yang meriah ini.


zulbahri hussin
kuantan
11 ogos......11 ramadhan........2011.........selamat berbuka...








Sabtu, 6 Ogos 2011

RAMADHAN

Bulan puasa rajin-rajinlah bersedekah.........bersedekahlah kamu walaupun sebiji kurma.......boleh......


RAMADHAN


Puasa
menahan lapar
dan dahaga
menahan segalanya


Nikmat berpuasa
ketika berbuka
bersyukur rezeki
dikongsi bersama


Belajar dimadrasah
ramadhan
menginsafi sikaya
dan simiskin
duduk diaras yang sama
menyuap
sebiji kurma..........

zulbahri hussin
kuantan
7 ogos 2011 p/s.......orang yang berpuasa itu orang yang sabar..........menahan segalanya................................................................................................................................................

Jumaat, 29 Julai 2011

SENYUM DIPAGI AHAD

Ada diantara kita,gemarkan gula-gula.......ialah untuk tidak menghisap rokok atau ingin membuang tabiat tersebut jadi mereka beralih mengulum gula-gula. Tiba bulan mulia ni, jangan ada yang tersasar..........hari pertama berpuasa......ada tu yang terlupa.........

Jadi kalau ada yang termakan tu......tentu senyum-senyum sendiri.........jom senyum,.....senyum dipagi ahad..........

Rabu, 27 Julai 2011

KAU PERGI

Percubaan untuk mendapat tempat dimedia cetak acapkali juga penulis menemui kegagalan......sajak ini tidak dipilih tapi tak apa kita siar kat sini..............


KAU PERGI

Nostalgia memadu
kasih
telah terpahat
dibatu ini

Bila kemahuan begitu
kuat
kita harungi ombak sengsara
kita dayungi
pulau laksana

Belum sempat hari meninggi
kau pergi
Aku
sedang bermimpi
mimpikan pulau laksana

Kau pergi
tinggal kenangan
musim cinta
telah berlalu

Kau pergi
tinggal harapan
musim kasih
telah padam

Kau pergi
tinggallah aku keseorangan
mengusung hari
membimbit mimpi.....


zulbahri hussin
kuantan
27 julai 2011 p/s salam seni.....

Isnin, 25 Julai 2011

DAH TERIMA........terima kasih MP..terima kasih juga pihak penaja..........

Hadiah ...PERADUAN PALING RINGKAS.......DAH KAMI TERIMA......MP dan pihak penaja usah risau, hadiah tu dah kami terima pada hari ini 25/11/2011 jam 10 pagi........lewat sebab sabtu dan ahad jatuh pada cuti hujung minggu......jadi isnin pihak pos laju memulakan tugas..

Terimakasih dan selamat maju jaya.........untuk MP dan keluarga........selamat menyambut bulan puasa yang bakal tiba..........

Jumaat, 22 Julai 2011

SENYUM PAGI AHAD.....Senyumlah sikit........

Sedikit waktu dulu....penulis memang menopoli ruangan SENYUM PAGI AHAD....Akhbar Mingguan Malaysia.........boleh dikatakan tiap2 minggu.......tapi sekarang ruangan tu....telah ditiadakan..........
jom berkongsi senyum...........

Selasa, 19 Julai 2011

Wordless Wednesday


SINGGAHSANA

Kita mempunyai kediaman yang selesa......dikelilingi tumbuhan hijau, jauh dari hingar bingar dan hiruk-pikuk kota raya. Aman tanpa kebisingan kenderaan atau lolongan nyanyian sumbang........mungkin tidak ada yang sudi bertandang...ialah mana ada orang yang sudi berkongsi hidup mendiami gobok buruk macam ni....

tapi rumah ini rumah sendiri......selesa kerana tiap hujung bulan tidak ada orang yang menagih sewaan. Kita hidup mencari selesa..........walaupun kadang2 sedikit cuma.........


SINGGAHSANA

Tinggalkan aku
ruang ini
terlalu sempit

Cukup satu ruang
untuk aku bersila
tanpa meluruskan betis
dan peha

Lenguh
duduk cara begini
terasa sakit
urat dan
saraf

Sukar mencari
singgahsana
yang selesa
jika tidak punya
wang dan
harta.

Zulbahri Hussin.
Kuantan.
19. Julai 2011. p/s syukur dengan apa yang ada........sedikit usaha....moga2 dilimpahkan rezeki.....

.

Rabu, 13 Julai 2011

SELAMAT DATANG RAMADAN......KUALU -ALUKAN KEDATANGAN MU........

Banyak kenangan dibulan Ramadhan........suka dan duka tinggal menyewa bersama kawan-kawan...............
Cubaan yang paling hebat dikelilingi oleh kawan-kawan yang tidak kuat iman, puasa untuk separuh hari............dan kita pun tergoda untuk turut sama berbuka........................................
Kalau cuaca panas...........tengok air dalam lopak pun terliur...................itulah cubaan berpuasa, tinggal bersama rakan2 bujang........................
ramai yang nakal......................

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT PUASA................Juga untuk rakan2 blogger...........
p/s tak lupa untuk Grupemuisi Setanggi.................

Isnin, 11 Julai 2011

SURAT CINTA

Nostalgia surat cinta mengingatkan kita kisah lama..........kisah berbalas surat.......membilang hari.......menunggu encik posmen dan surat wangi disembur pewangi ataupun bedak. Teknologi merubah segalanya.......kita tidak lagi mengasah pena,mengira-ngira dimana patut bermula atau mencari ayat penyudah sebuah surat cinta.
Hanya seminit dua.............menyampaikan hasrat dan seminit dua juga jawapan dibalas.Mudah...menggunakan teknologi masa kini .......SMS.............SAMPAI MESTI SAMPAI.....


SURAT CINTA

Surat cinta
tak berguna
membuang masa
panjang
berjela

Surat cinta
berbunga bahasa
lelah
mengait
puji dan
puja

Terimalah
pesanan ringkas
nyaring isyaratnya
membingit suasana

Berulang membaca
bahasa apa
yang kau guna
tersedak-sedak
sukar
kueja

Surat cinta
berbunga wangi
ia mengharum
dalam hati.


ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan Pahang.
12 julai 2011 p/s surat cinta.............................ada lori ada bas,sudah baca harap balas..........................pecah kaca pecah gelas..........jangan lupa.......balas.....

Jumaat, 8 Julai 2011

SENYUM SENYUM ,senyum hujung minggu......

Senyum Pagi Ahad.................diMingguan Malaysia..............tarikh dah lupa..........Tapi kadang2 saya tersenyum sendiri................sebab dulu memang rajin menulis tapi sekarang .............aduh......lebih suka bermalas malasan........................

Isnin, 4 Julai 2011

CINCIN PERCUMA

Ado sorae saing ambo, maso tu dio tengoh gewang dengan oghe tino pilihan ati dio......... Dio jumpo ambo,
dio kato .....aku nok sungguh kebudok tu......Budok hok namo Ani tu....
ambo kato molek la....................................

Mu kan panda wat sajok,jadi mu wak katku so........................
ambo tanyo saing ambo tu,nok wi derect ko....nok biar semuo manusio tahu......mu sungguh2...mu nok war2kan..........

Kalu gitu, mu tunggu dalam seminggu............aku atar kepenerbitan Utusan Malaysia........mu jange lupo beli surat khobar deh.......

Lepah tu kalu mu nok wi derect mu salin salin sajok tu.................aku tok kisoh.........

Bertahun ambo tok jumpo saing tu......dengar khobar duk Temerloh................anok pun doh ghama...............mugo kekal rumoh tanggo yang dibina.

Aku,.........
kalu baco
sajok cincin percumo ni
teringat kemu....


CINCIN PERCUMA

TERIMALAH cincin percuma
sebagai tanda mata
jangan kau tanya berapa nilainya
nanti bangga pula aku
dapat mengadakan hadiah istimewa.

Kadangkala aku perlu
menyakinkan dirimu
selain dari kata-kata
atau bahasa bunga-bunga
menjemukan telinga.

ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan Pahang.

p/s. mu kalu kelik ktn singgoh umoh aku deh..........sekut-sekut tawar ngan air tea tu ado laa..................

Jumaat, 1 Julai 2011

SENYUM SENYUM

Hujung minggu......kita senyum2..................orang yang senantiasa senyum akan kelihatan lebih muda.......
tapi kalau berseorangan kita senyum.......orang yang melihat akan tersenyum dan mengagak kita sedang mengelamun kisah-kisah yang melucukan.................ataupun kenangan manis.......

Hai senyum nampak .....ada apa-apa ke?........

Rabu, 29 Jun 2011

MARI BERPANTUN


Zaman sekolah dulu2 rajin juga hantar pantun kepenerbitan, tapi dah lupa kat penerbitan mana......sebagai kenangan , adalah simpan ni........dah pudar pun.....

Selasa, 28 Jun 2011

AIR

Antara lembut dan pantas
kejam dan ganas
kau adalah kekasih
yang kuteguk sepanjang
hayat.

Kenangan di Bacaria.............................................AIR........................Hujan pun dah nak turun.......

Ahad, 26 Jun 2011

ORANG YG BAIK

Pernahkah kita berjumpa dengan orang yang baik. Kadang ladang ada tapi kita meragui tentang kebaikan yang dicurahkan, mungkin ada muslihat tertentu. Bila hati menyimpan wasangka, kita senantiasa diburu gelisah. Melayari hidup didunia moden, persekitaran boleh mempengaruhi, merubah tetap hati ,menggoncang keimanan dan memungkinkan perlakuan yang tidak masuk akal.

Orang yang baik ada dimana-mana.......salah seorang, mungkin kita,........kerana kita telah bertekad untuk menjadi orang yang baik.................

Orang yang baik adalah orang-orang........betul tak.......??




ORANG YANG BAIK

Mencari orang
untuk menghiburkan
hati
dikala sunyi

Orang yang baik
disawah padi
tegak berdiri
burung-burung berkongsi
ngeri.



Zulbahri hussin
kuantan Pahang 27/6/2011 p/s berbaik-baik.......suka yang terbaik...

Selasa, 21 Jun 2011

MASUKLAH

Idea kadang2 datang.....kadang2 juga hilang......idea juga muncul tiba2......... Ya melintasi setor kecil yang tidak berpenghuni ni pun muncul juga idea...........

MASUKLAH

Masuklah
tak perlu kupersilakan
anggaplah
seperti rumah sendiri

Seperti rumah sendiri
kau perlakukan
sesuka hati
mengambil apa saja
memunggah
kedalam rumahmu

Ketawalah
jika itu dapat
memuaskan
hatimu.

zulbahri hussin
kuantan.
22/6/2011 p/s tak berminat hak orang lain......tapi kalau pemberian itu penuh keiklasan....apasalah menyambutnya.....sekurang-kurangnya sipemberi tidak berkecil hati......
o.k........jumpa lagi.......salam seni..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...