SAMPAI DISINI
Tidak menjadi mimpi indah
dalam hidup
kerana dalam hati
tiada lagi nyanyian rindu
bayangmu tetap hilang
Tidak cukup menghiburkan
kerana kau hadir
bagai pelangi petang
kau tetap
pergi jua
Sampai disini
cinta yang dipertahan
pemergianmu kurelakan
kerana kehendakmu
tiada hak untukku
halang
Hari menginjak malam
kurempuh pekat hitam
mana bintang
mana bulan
aku ingin luahkan.......................
Penat menanti siang
melihat hari baru
aku pasti kau akan
cemburu..........................................
zulbahri hussin
kuantan
12,3.2012
3 ulasan:
Cukup Sampai Di Sini
Relakan Perpisahan Ini
Waktu Subuh Sudah Pergi
Dhuha Kini Datang Lagi.
jauh sudah aku melangkah untuk pergi darimu..
tapi smua itu hanya membuatku semakin inginku dekat denganmu..
arvi yang slalu mengingatkanku akan masa lalu bersamamu..
ares stya ao
Catat Ulasan