Pengikut

Ahad, 27 November 2011

AKU

AKU

Tiada mahligai
indah
nak diberi

tiada wang
berjuta
nak dijanji

tiada rayu
shahdu
nak dilagu

itulah aku
mengenalimu sejak dulu
kau pun tahu
kerana aku
berjiran
denganmu.


zulbahri hussin
kuantan
27 nov 2011.

10 ulasan:

School Of Tots berkata...

Aku dgn mu sama
Tiada yg aku punya
Cuma menumpang senafas usia.

zul permatang badak berkata...

sots....
haa...komen yg baik....
sbb apa?
SENAFAS USIA...
Boleh dijadikan tajuk sajak......
tunggu saya masih/dlm mencari bait2
yg sesuai....

haa.....sukar tu nak membuat penyusunan.....sbb dapat tajuk dulu........

laskar pelangi berkata...

wah! terkesima baca ayat ayat tu:)

zul permatang badak berkata...

laskar pelangi...,

aku
dileka
warna pelangi
dalam mimpi
singkat........

royansableng berkata...

aku adalah aku

http://4kopisusu.blogspot.com/search/label/Puisi

follback ya gan

MulutPayau berkata...

Aku tetap aku...dan tak mngkin aku menjadi kamu.....
p/s...senyummmmm....

Shila berkata...

jangankan yang indah...
yang usang pun aku tiada..

zul permatang badak berkata...

M.Miftahur Royan...
Terima kasih singgah.

zul permatang badak berkata...

mulut payau...
sukar mengenali diri sendiri...
lebih sukar mengenali diri org lain...

zul permatang badak berkata...

miss senget...
yang usang lebih berharga.....diselaputi nilai seni...

nilainya..dlm diri
seni......bertakhta dihati.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...