Pengikut

Rabu, 5 Ogos 2009

AIR




Air yang jernih ini
begitu dingin dan nyaman
mengalir lembut
kenikmatan menyelubungi diri
aku berasa cukup gembira

Air yang jernih ini
adakalanya mengalir
pantas dan deras
memunggah sarap ke kuala
meraba kolek nelayan tua

Antara lembut dan pantas
kejam dan ganas
kau adalah kekasih
yang kuteguk sepanjang
hayat.


ZULBAHRI HUSSIN
Permatang Badak
Kuantan
BACARIA 2SEPT1987 RABU.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...