ikan-ikan berkerumun
mecium ketawa
Tangismu tersepit di celah
bukit
gua-gua ternganga
menadah air mata
Bicaramu terkurung di dalam
bilik
pintu-pintu terkunci ketat
menghukum suara
Senyummu
tangismu
bicaramu
berpadu erat
berpadu erat
dan akupun segera mengingat
bahawa hidup ini perlu ditimbang sukat
bahawa hidup ini perlu ditimbang sukat
agar keinsafan segera
berpihak!.
ZULBAHRI HUSSIN,
permatang badak,25150,
kuantan pahang.
Utusan Malaysia/pancaindera
23/12/1988
Tiada ulasan:
Catat Ulasan