Pengikut

Ahad, 14 Februari 2010

SEMAK SAMUN SENI SEMULAJADI





Aktiviti menebas membersihkan semak di sekitar kawasan kebun beberapa hari lalu menemui rimbunan pokok yang terasa sayang untuk ditebang.Pokok tembesu banyak gunanya.Digunakan untuk membuat tiang pagar (turus) paling tidak pun bangsal , kandang lembu , reban ayam dan pelbagai , berkaitan dengan pembinaan masyarakat kampung.

Melihat rimbunan pokok tembesu , dada terasa lapang alangkah ruginya jika ditebang.Jika ditebang hilanglah tempat berteduh @ tempat berlindung dari terik matahari.Kami bercadang untuk membiarkan ia membesar sebesar mungkin.Suatu hari nanti ia menjadi kebanggaan kami dimana kami dapat jadikan tempat berkelah , aktiviti luar rumah dalam lingkungan peribadi.Kami juga terfikir dapatkah semak samun ini bertahan dengan kepantasan pembangunan sekitar.Kerancakan projek perumahan bagaikan cendawan tumbuh sedikit sebanyak mengganggu kelangsungan habitat yang mendiami semak samun ini.

Walau apa pun kami tetap akan memelihara @ menjaga semak samun ini.Hutan kecil ini meninggalkan banyak nostalgia.Nilai seninya hanya kami dan burung-burung.........pergi pagi dan tetap pulang pada petangnya merehatkan diri.

Selasa, 26 Januari 2010

BILA HUJAN TURUN


Petang semalam ingat nak bersih kebun.Selepas banjir memang lama tak jenguk.Rumpai dah mula meninggi tapi hujan renyai-renyai pula turun.........terbantutlah hasrat......dalam pada itu timbul pula idea.....nak buat sajak.Sajak pendek pun kira ok lah.....


Bila hujan turun
cepat-cepat kita
lari


Bila hujan turun
angkat tangan
tutup kepala
takut basah ubun-ubun
dan dahi


Bila hujan turun
kita mengomel dalam hati
hari-hari hujan
susah jadi begini


Bila hujan turun
kita lupa
air hujan air
rezeki
memberi rahmat
Tuhan memberkati.

Zulbahri Hussin
23 Jan 2010

Sabtu, 2 Januari 2010

PERSIAPAN MENGHADAPI PERSEKOLAHAN

Memilih pakaian di gedung Kamdar.Untuk sesi 2010 perbelanjaan untuk uniform sekolah memerlukan perbelanjaan yang besar.Untuk seorang anak sekurang-kurangnya dua pasang , itu belum dicampur yuran sekolah , alat tulis dan pengangkutan.
Pengorbanan ibu bapa terlalu besar ingin melihat anak menempa kajayaan.Selamat belajar..........hingga ke menara gading!!!
Setelah penat membeli belah........kita makan angin........kat Taman Gelora.!

Khamis, 17 Disember 2009

Banjir Oh Banjir

Banjir juga telah menenggelamkan pokok pisang yang hampir mengeluarkan buah.Harap-harap selepas air surut tahap kesuburannya akan dapat bertahan.
Kegembiraan jelas terbayang pada dua beradik ni.......setahun sekali banjir melanda!!!
Tudung polytank dijadikan sampan.......

Seronok bermain air hingga terlupa makan dan minum.

Isnin, 14 Disember 2009

SEKITAR BANJIR DALAM KEBUN Disember 2009






Hujan lebat semalaman sehingga ke awal pagi menenggelamkan kawasan rendah.Kebun kami tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna membuatkan air hujan cepat bertakung.Kedalaman air di paras tiga kaki (takat paha orang dewasa) menenggelamkan tanaman termasuklah pokok limau nipis yang baru ditanam.Keadaan seperti ini memberikan kegembiraan pada anak-anak.Mereka begitu seronok bermain air (sampai sari too much) mereka berendam.Poly tank tempat memelihara ikan puyu terapung!!!Kesempatan ini membolehkan anak-anak ini menjadikan perahu.......

Sabtu, 21 November 2009

HARI KEPUTUSAN UPSR SEK KEB PERMATANG BADAK

Berdebar mananti keputusan.Ada yang menangis......ialah manalah tahu keputusan nanti tak seperti yang diharapkan..............
Tungu punya tunggu tiba giliran Naquiyah.Keputusan Naquiyah dapat 5A.Tengoklah pada wajahnya,riang gembira....sukalah tu.....
Terima kasih guru besar Cikgu Mohd Farid yang selama ini memberi kata peransang dan semangat....
Kawan-kawan juga adalah pencetus semangat,susah senang kita harungi bersama................

Isnin, 16 November 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK PERMATANG BADAK KUANTAN

Naquiyah tersenyum gembira menerima hadiah UPKK dari penyelia petang Pn.Fauziah diperhatikan oleh Ustaz Ramli berbaju biru.
Muhajirin turut sama menerima hadiah KAFA dari Pn.Fauziah.Selamat tinggal 2009.......Selamat bercuti.Teruskan cita-cita teruskan azam bertekad untuk jadikan yang terbaik 2010.

Selasa, 10 November 2009

KEDAI MAKAN SAUDARA HUSSIN

Isteri saudara Man dan anak-anak turut serta meraikan pembukaan kedai makan saudara Hussin.
Saudara Hussin berbaju hijau,saudara Man dan keluarga sama-sama berbincang tentang strategi menjadi seorang peniaga yang berjaya.Walau apa pun tahniah untuk saudara Hussin.
Nasi ayam dan masakan panas.Berbekalkan semangat dan sedikit pengalaman saudara Hussin memberanikan diri membuka perniagaan berkonsepkan makanan.Lima belas tahun terlibat dalam perniagaan pengedaran,khususnya makanan ringan (roti dan kerepek) saudara Hussin maju selangkah lagi membuka kedai makan beralamat di batu 12 Jalan Gambang Kuantan Pahang.

Tahniah untuk saudara Hussin,terima kasih di atas jemputan makan percuma tempoh hari.Bidang perniagaan memerlukan kesabaran yang tinggi,daya juang,ketahanan diri dari pesaing-pesaing.Harap saudara Hussin bersabar dan bekerja dengan kuat,menempuh liku-liku dalam menuju,mengorat langkah sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Jumaat, 30 Oktober 2009

BERGAMBAR KENANGAN DI PPD DAERAH KUANTAN


Inilah pertama kali aku melihat bangunan PPD Daerah Kuantan bersebelahan Pasaraya MYDIN.Selama ini aku hanya mendengar cerita dari guru-guru ku.Cantik dan menarik!!!!Ok abah untuk mengabadikan kenangan take one pic.....ready zoom...Ok thank abah , nasib baik abah bawa camera digital.......

PENAT MA TUNGGU!!!!!

Seawal jam lima setengah petang ma dah tunggu di PPD Kuantan.Ma risau juga sebab abg chik (Muhajirin) tak pernah berpisah dengan keluarga.Bila abg chik telefon Ma , bas berada di kawasan Maran abah terus pecut ke PPD Kuantan.

PULANG DARI KUALA LUMPUR ABAH DAN MAMA TUNGGU DI PPD KUANTAN


Sampai di PPD Kuantan jam 6 ptg.Abah dan Ma telah lama menunggu.So...happy dapat jumpa Ma dan Abah.Bayangkan lima hari empat malam berpisah dengan mereka.Tidur dengan kawan-kawan makan pun dengan kawan-kawan,mereka datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Kepada semua kawan-kawan,rakan sebilik harap maaf jika ada salah dan silap,panjang umur manalah tahu kita dapat bertemu satu masa nanti dalam suasana yang.........mungkin berbeza........ kerana hanya waktu yang dapat menentukan.

SEBELUM BERANGKAT KE KUALA LUMPUR

Khamis, 22 Oktober 2009

PANTAI TAMAN GELORA


Laluan untuk berjogging.Lama tak kesana mungkin laluan ini telah siap sepenuhnya.

PANTAI TAMAN GELORA


Inilah Pantai Taman Gelora tempat kami berehat pada hujung minggu.Pantainya bersih, di selenggara dengan begitu rapi sekali.Pihak perbandaran mementingkan kebersihan untuk keselesaan pengunjung.Di sini juga terdapat ruang untuk berjogging, bangku duduk, taman permainan kanak-kanak boleh dikatakan agak selesa juga.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Permintaan Ditunaikan


Pantai Sepat ni memang cantik.Pohan-pohon rhu berbaris panjang menyusuri pantai.Memang sesuai untuk merehatkan minda.Ia jauh dari kesibukan kota raya.Bloggers Daddy Cappo begitu terpesona, puas kami ajak dia pulang, begitu susah untuk dia beredar meninggalkan Pantai Sepat.Ada kelapangan waktu kami akan ajak dia ke sana lagi......
Gambar bloggers DADDY CAPPPO bersama Syed telah dipadamkan.Harap bloggers DADDY CAPPO berpuas hati.Untuk meggembirakan hati beliau kami gantikan gambar terbaru beliau semasa bercuti di Pantai Sepat Kuantan.Terima Kasih...
Bila nak update blog tu.Kami dah bosan dengan kisah-kisah lama...Kalau boleh kisahkanlah cerita-cerita orang perak.

Rabu, 9 September 2009

THANK YOU ABAH from Muhd Mujahiddin,Naquiyah NAdhirah,Muhd Muhajirin,Muhd Muallim Haziq.HAPPY BIRTHDAY FOR YOU.


when I need
real understanding,
when I need
someone to care,
when I need
someone
to guide me
a father is
always there.

Thank you for
your comfort and
encouragement
which means
so much to me
in my way of
growing up

Rabu, 19 Ogos 2009

MAGIC RUBIX CUBE IQgame Challennge your mind!!











Hari Isnin lepas jalan-jalan kat Kuantan Parade.Rubix cube terdapat di beberapa gerai mainan.Terlintas di hati nak beli untuk anak-anak menguji IQ.Satu biji RM17.50 kalau enpat biji dah RM70.Habislah duit hari tu.Tapi tak pe,bagi anak-anak main sampai mereka puas!!

Isnin, 10 Ogos 2009

ANAK SELEPAS MERDEKA





Melaram
bukan calang-calang
hebat berpakaian
anak selepas merdeka

Lupa
garis kehidupan
pahit
getir
pejuang silam

Leka
bersenang-senang
di jalanan
aksi hebat
menunggang kenderaan

Hanyut
bersama teman
memintal angan
dibuai
kealpaan
Anak selepas merdeka
jangan siakan
peluang dan
ruang!!

Anak selepas merdeka
gagahkan jatidiri
kuatkan semangat
di hati
bersatu kita MERDEKA
satu bangsa
satu MALAYSIA.

-ZULBAHRI HUSSIN
Taman Gelora
10 OGOS 2009
Selamat Menyambut Hari Merdeka 31 OGOS 2009 untuk rakyat MALAYSIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...