Pengikut

Khamis, 15 November 2012

BEZA

BEZA

Pertemuan yang tiba-tiba
membuatkan kita
gugup seketika

Senyum
tidak manis
sedikit kelat

Wajah
tidak ceria
sedikit resah

Titik persamaan
mungkin sukar
kerana kita dilahirkan
dari acuan yang
berbeza

Beranikah kita
merungkali
tali temali yang mengikat
diri ?......

Zulbahri hussin
kuantan.
15 .11,2012.

Selasa, 13 November 2012

HARI

HARI

Melihat esok
ada garis
tak mungkin terlepas
terhalang
disekat ketat

Melihat semalam
bayang bayang yang telah
ditinggalkan
tak mungkin sampai
ia terlalu jauh

Melihat hari ini
ia berlalu sendiri
penat berlari
kita berhenti
pusingan hari
terlengkap sendiri........

zulbahri hussin
kuantan.
12.11.2012.

Khamis, 8 November 2012

HATI

HATI

Ruang ini tidak cukup
untuk kemaskan
hati
yang berselerak

Hati perlu disusun
dengan kemas
walaupun tersimpan diam
terukir juga pada wajah
retak dan pecah

Hati perlu disoal
dan perlu dijawab
hati perlu diikat
pada tiang kebenaran

Soal hati
jangan tanya orang lain
kita lebih memahami
hati sendiri.

zulbahri hussin
kuantan
8 nov 2012












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...