Pengikut

Rabu, 25 April 2012

KAU DURI

KAU DURI


Kerana kau duri
dilaluan
kucabut
satu persatu

tak sanggup
kumenahan
deritanya
tak sudah

mengubah laluan baru
tidak berbeda
dendamnya
tak padam

kerana kau duri
dilaluan
aku asyik
menukar sepatu

zulbahri hussin
kuantan
25 april 2012.

.......................................................................................................................Tak bisa sempurna tapi ianya lebil adil......................................................................



Khamis, 19 April 2012

SEMALU


SEMALU

Elok menjauh
sakit durimu
sungguh terkesan

menyentuh semalu
hatiku kecut
walaupun kau tunduk
kau ajarkan derita
tidak parah
tapi
cukup untuk beringat

zulbahri hussin
kuantan
19. april 2012

Khamis, 12 April 2012

SAMPAI DISINI

SAMPAI DISINI


Tidak menjadi mimpi indah
dalam hidup
kerana dalam hati
tiada lagi nyanyian rindu
bayangmu tetap hilang

Tidak cukup menghiburkan
kerana kau hadir
bagai pelangi petang
kau tetap
pergi jua

Sampai disini
cinta yang dipertahan
pemergianmu kurelakan
kerana kehendakmu
tiada hak untukku
halang

Hari menginjak malam
kurempuh pekat hitam
mana bintang
mana bulan
aku ingin luahkan.......................

Penat menanti siang
melihat hari baru
aku pasti kau akan
cemburu..........................................


zulbahri hussin
kuantan
12,3.2012

Isnin, 2 April 2012

NOKTAH


NOKTAH

Berlindung
dibalik pohon
ditamanmu
aku terpaku

Melihat wajahku
hatimu akan terluka
elok aku
berdiam diri

Kutemui noktah
mudah untuk aku
berpaling pergi
meninggalkan kau sendiri

Rupanya
aku bukanlah lelaki
yang bisa mencintaimu
sehingga akhir hayat........

zulbahri hussin
kuantan

1 april 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...