Pengikut

Khamis, 29 Disember 2011

BUKU


BUKU

Kerana kau
buku
aku selak helaianmu
setiap hari

Akulah penunggu
setiamu
pinar mata
wajah lesu

kerana kau
buku
aku menjadi muka
yang lupa pada
waktu.


zulbahri hussin.


p/s.......bye2 2011.................................................................

Isnin, 26 Disember 2011

2012


2012

Detik akan tiba
2012
paling sibuk anak-anak sekolahan
dikelas baru
begitu juga ada yang naik tingkat

pencurah ilmu
telah bersedia
dengan wajah kesungguhan
meneliti segala keperluan
kelak nanti ada yang bersungut,
kita mahu sama rata
satu kerusi
satu meja
ya, dapat semua

dicelahan tingkap kaca
seorang ibu
resah seketika namun diwajahnya
menggunung harapan
tangan kecil yang kupimpin hari ini
tidak akan menjadi sia-sia
ubahlah sejarah
ubahlah tradisi
keluarga kita.


zulbahri husin
kuantan
27 dec 2011

p/s.......................................selamat tahun baru 2012......................selamat kesekolah buat anak-anak...........

Sabtu, 24 Disember 2011

CINTA DIMAYA

CINTA DIMAYA

Aku disini
engkau disana
sukar untuk bertemu
namun hatiku
masih setia

aku disini
engkau disana
sukar untuk bercerita
tentang hari muka

kita angankan
cinta menjadi pasti
kita harapkan janji
terpatri

aku disini
engkau disana
cinta dimaya
hangat membara
berapa lama harusku
anyam puisi
cinta.


zulbahri hussin
kuantan pahang
25 dec 2011

p/s.........................................selamat tahun baru 2012................salam puisi......

Isnin, 19 Disember 2011

MIMPI

MIMPI

Dua dunia
tidak mengenal laut
ombak serta
ikan-ikan

apungkan diri
didaratan
dulupun satu
mimpi

Tapi
ombak akan kemari
pada ketentuanNYA...
penentu
segala.....

zulbahri hussin
kuantan
20 dec 2011

Khamis, 15 Disember 2011

TIDAK PERLU

TIDAK PERLU

Aku
tidak perlu manis
janjimu

lebih baik jika
kau
bertungkus lumus
mengotakannya

puing-puing harap
berterbangan diudara
menutup kilau
bintang

Aku
tidak lagi berdaya
membina keyakinan
dengan rangkap puisi
yang sudah hilang
puitisnya

Kemana harus kutuju
jari-jemariku
keras
membeku.

zulbahri hussin
kuantan
16 dec 2011

p/s...................................telah kubina cinta dari puisimu yang puitis.........

Isnin, 12 Disember 2011

EGO

EGO

Jika
kau senyum
berikan aku
manismu

jika
kau ketawa
berikan aku
riamu

jika
kau menangis
berikan aku
sendumu

jika
kau merajuk
tidak akan kupujuk
aku lelaki
egoku tinggi
inginku
sembunyi dalam
hati.

zulbahri hussin
kuantan
12 dec 2011

p/s.............................jika kau diam...........................mungkin itu,lebih baik.............

Isnin, 5 Disember 2011

MAKANLAH........

Suasana petang yang redup adakalanya kita dihambat mengantuk . Berusaha menegakkan kelopak mata adakalanya kita tewas jua. Dikerusi ini penulis hampir terlelap......namun terfikir juga mengapa tidak dicari sesuatu yang boleh menyegarkan mata ......sesuatu yang digelar kudapan..........ya ..keropok goreng bersira cili......jom kita makan........


MAKANLAH


Makanlah
aku makan
bukan untuk kenyang

Aku
makan main-main
untuk menghilangkan
mengantuk
untuk cerahkan mata
yang redup

makanlah
ayuh kita berkongsi,
citarasa mungkin berbeza
tapi
untuk mengambil hatiku
kau harus
cuba

makanlah
jika kau berselera
ambillah semua.


zulbahri hussin
kuantan
5 dec 2011
................................p/s..................petang2 ni kalau ada goreng pisang kan best..........tapi dikaw kejiranan penulis bila ada yg mulakan jualan goreng-gorengan.........ramai pula yang ikut nak berniaga...........................

Sabtu, 3 Disember 2011

KELIRU

KELIRU

Hasrat
kepelamin angan
kau pernah
membicarakan

berjanji
kepuncak mahligai
kau bersungguh
mempatrikan

tidak pernah aku
iakan semua itu,
diam aku tidak
semestinya
setuju

pendamku
hanya untuk menjaga
hatimu

aku
masih lagi keliru
antara benar dan
palsu.


zulbahri hussin
kuantan
3 dec 2011.

............................................p/s.............sajak dulu2.....masih banyak yg terkurung...............

Khamis, 1 Disember 2011

SELAMATKAN



SELAMATKAN


Selamatkan
pokok
menghijau alam
menyejukkan pandangan

kita
berkongsi keajaiban
ciptaan Tuhan
kita
berkongsi ruang
segalanya
matahari dan air hujan

pembangunan
menuntut rasa skeptis
generasi berilusi
mewarisi

tumbuhan seperti kita
makan
minum
memerlukan perhatian
kasih sayang
sebagai pelengkap
sebuah kehidupan

zulbahri hussin
kuantan
1 dec 2011





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...