Pengikut

Jumaat, 28 Oktober 2011

HARAPAN

HARAPAN


Wajahmu
hilang dimata
ditimpa hujan


Cuba untuk mengingat
bila hujan berhenti
tapi
hujan pantas mencurah

Aku masih lagi mengharap
hingga gelembung-gelembung
buih pada cucuran hujan
pecah
satu-satu.

zulbahri hussin
kuantan
29 okt 2011.

.P/S........................................................membilang buih satu-satu........pecah,........tercipta kembali bila hujan...........benarkah cinta mudah datang dan mudah pula pergi................???.......................

Isnin, 24 Oktober 2011

IT

IT

Masa tidak dibazirkan
segalanya memenuhi hasrat
walaupun berjam-jam
dikerusi ini

Zaman IT
rentak hidup dikemaskini
nampak jelas
tiada sembunyi-sembunyi

Ada untung ada rugi
untung
hidup tak perlu berlari kesana kesini
rugi
maruah diri tidak dipertahan
disimpan rapi

Rahsia diri
kemas berkunci
rahsia hati
kejap disanubari.


zulbahri hussin
kuantan
24 okt 2011.

p/s........................................perlukah berahsia dalam hidup?..............................Kadang2 tidak menjadi rahsia lagi,bila saling mempercayai diantara satu sama lain...........................

Ahad, 16 Oktober 2011

EMOSI


EMOSI


Kejamnya mata
jelingannya menikam kalbu

Kejamnya kata
omelannya menghiris rasa

Kejamnya tingkah
hayunanya menerjah ganas

Ya, matamu mata pedang
mulutmu mulut longkang
tingkahmu amat keterlaluan

Hiduplah kamu
sendiri-sendiri
layanlah emosi
jika itu boleh
memberi bahagia.

zulbahri hussin
kuantan.
17 okt 2011.

Jumaat, 14 Oktober 2011

USIA


USIA

Gusar
meneruskan langkah
lebih baik
berdiam diri

Esok belum pasti
kita segagah ini
mungkin tiba-tiba bertandang lelah
gerak pun patah
hayun juga akan
punah


Merenung diusia muda
laluan ini
aku bina dari tenaga
serta akalku yang dikerah seharian
tapi
hari ini mereka semua terpaksa tunduk pada
tiga warna yang bertukar ganti

Seorang tua
minta dipimpin
kerana pandangan kabur
hatinya hancur.

zulbahri hussin
kuantan
15 0kt 2011

p/s......................................p/s . remaja semua jangan sombong......jika lihat pakcik/makcik....yang takut2...........nak lintas jalan tu....tolonglah pimpin.........tanpa kita sedar mereka banyak meninggalkan jasa serta khidmat masa mereka muda2 dulu.........o..k........
...........................................jumpa lagi.....

Rabu, 12 Oktober 2011

TEMAN

Bisiklah kekuatan
ketelingaku teman
agar aku
seiring bersamamu
menongkah
arus kehidupan

Bukan hilang punca
atau condong
tegaknya
cuma kadang kadang alangkah baiknya
kita sama-sama
berlari dan berhenti
pada garisan
yang ditetapkan.


zulbahri hussin
kuantan.
13 okt 2011.

Khamis, 6 Oktober 2011

TIDAK



TIDAK


Bersengkang mata
mendengar kisah hidupmu
malam panjang
lambat kesiangan

Telah kucuba
membuka ruang
cinta tidak akan terhapus
oleh masa

Telah kucuba
merapat waktu
mengunci tepat
pada jangkanya

Sayapku patah
tidak akan kubawa
kau
terbang

Cintaku goyah
tidak akan kudukung
kau
kepelamin angan.

zulbahri hussin
kuantan
6 okt 2011

p/s...................................Tidak........tidak mungkin............

Selasa, 4 Oktober 2011

TAKUT


TAKUT


Takut
dibiarkan bebas
disumpah seranah
jiran tetangga
punca bermasam muka

Lebih baik
dikandang ini
makan disediakan
dibelai
dimanja

Hidup
berbatas waktu
malam merehatkan diri
siang meragut rezeki

Hidup
lebih sempurna
jika dihad
disukat takat nafsunya

Perhatikan manusia
akalnya berjalan
lahabnya panjang
dikandang ini
tak berpeluang.

zulbahri hussin
kuantan pahang
5 okt 2011.


p/s.................................bila hari bertukar wajah ....kehidupan harus berbeza.......malam hari diam2 dikandang............terhindar dari fitnah.....

Isnin, 3 Oktober 2011

KEJARLAH

KEJARLAH

Aku sang pagi
menceriakan hidupmu

Aku sang petang
meresahkan pulangmu

Aku sang malam
menggelapkan pandanganmu

Berlarilah kelangit
petiklah bintang
agar bersinar
cahaya terang

Kejarlah sang aku
aku nampak kamu
jauh....

Tapi
elok berjauh
cinta dan cita-cita
akan bersungguh.........

Mampu melengkapi
fantasi berubah
menguat tekad
dihati.



Zulbahri hussin
kuantan
3 okt 2011.

p/S.........................Angin yang menghembus mesra tidak akan melekakan cita-cita, panas mentari akan menghangat semangat dan tekad.................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...