Tinggallah aku berbeza haluan,ketika cinta bertasbih nadi ku berdenyut lesu,,,,aku sendiri membilang butiran cinta.......langit diangkasa menjadi hitam.......cerita......hingga mungkin kutak sanggup lagi.......
BERBEZA
Jangan kau
renung
adakala aku
tidak menduga
apa yang
kau
inginkan
Jangan kau
jeling
adakala aku
tidak faham
apa yang
kau
maksudkan
Jangan kau
pujuk
adakala aku
tidak terpedaya
kata
manismu
Renunganmu
jelinganmu
dan kata
manismu
kusimpan sampai
mati
Berbeza haluan
tapi kita
tetap
kawan
cuma kadang-kadang
ada resah yang perlu
kita buang.
zulbahri hussin 30/3/2011
kuantan, p/s ...... ...... resah telah dibuang..........setulus hati dan kau telah
mengerti........
Selasa, 29 Mac 2011
Sabtu, 26 Mac 2011
NYANYI SUNYI
Seorang rakan blogger menamakan blognya dengan nama nyanyi sunyi.......kebetulan selepas melayari blog beliau penulis bersama keluarga ,,,,berkunjung kepantai ini.......rehat2kan minda, ya...pantai ini memang sunyi,,,,,tengok ada dua pohon rhu,,,,,,mungkin sedikit masa lagi pohon ini akan hilang akibat hakisan.........
.
Nana blog kawan2 pun adakalanya boleh mencetus idea........ialah kalau nama blog ada nilai2 seni
.......mencurah2 idea penulis................untuk blogger nyanyisunyi.......boleh kan pinjam untuk tajuk sajak ni.............
NYANYI SUNYI
Nyanyi sunyi
kala sendiri
melihat kau
pergi
tak kembali
Nyanyi ria
bila kau
ketawa
aku
gembira
Bernyanyi-nyanyi
sang merbah pagi
bersama
berilusi
Bernyanyi-nyanyi
kucuba
mencari rentak
dan
tari
bernyanyi-nyanyi
aku sendiri
dalam
hati.
zulbahri Hussin
Taman Gelora. Kuantan, 26/3/2011 nyanyi juga tapi bersama anak dan isteri.......he...he....
Khamis, 24 Mac 2011
KERETAKU DUA PINTU
Menyingkap kisah Mina....KureKure Comel tentang kereta dua pintu. Tersenyum sendiri....
penulis nak berkongsi pengalaman mengenai kereta dua pintu ni....tapi dalam bentuk sajak.......apa nak jadi dengan penulis ni....semuanya nak disajakkan......esok2 nak order teh O....ais pun.....bersajak dulu.....apapun terpulang pada diri masing2.....kegilaan kepada sesuatu itu.......memungkinkan seseorang itu terlebih.....lebih.....taksubnya...
KERETAKU DUA PINTU
Keretaku
dua pintu
nak tumpang
masuklah
dulu
aku sanggup
menunggu
Keretaku
dua pintu
nak keluar
biarlah aku
keluar
dahulu
Keretaku
dua pintu
anak-anak bising selalu
berebut
mana yang dulu
Keretaku
dua pintu
malam minggu
diuji melaju
kadang kadang panduku
pantas
meluru
zulbahri hussin
kuantan 24/3/2011 p/s mari memandu bersamaku.....penuh kesopanan.
dulu laju2...........sekarang tak perlu.....
Selasa, 22 Mac 2011
CINTA DAN CITA-CITA
Kehidupan berlangsung,tiada siapa menganggu gugat. Tiada siapa mengatur urus......kita bukan robot......kita hidup meneruskan perjuangan anak bangsa,memertabatkan agama seni serta budaya. Paling comel dimata dunia masyarakat kita bersopan santun,tolong menolong,cepat mesra tanpa disuruh-suruh .......kita adalah kita.......antara dua hala.....kadanng2 terlupa.....patutkan kita bersengketa........
CINTA DAN CITA-CITA
Antara cinta
dan cita-cita
terbahagi
dua
Cinta kadang-kadang
bersungguh mempertahankannya
sehingga cita
terpesong diulik
cinta.
Akal hidup
menjadi lupa
bila cinta yang didamba
berpaling
muka
Cinta dan
cita-cita bersaing
menuju hala walaupun
bersengketa
Cinta
pada manusia
susah untuk sempurna
adakala berbalas
curiga
Cita-cita
pecah dan punah
akibat cinta.
zulbahri hussin
Taman Kerang
Kuantan Pahang, 23/3/2011. Dalam diri ada cinta dan cita.
CINTA DAN CITA-CITA
Antara cinta
dan cita-cita
terbahagi
dua
Cinta kadang-kadang
bersungguh mempertahankannya
sehingga cita
terpesong diulik
cinta.
Akal hidup
menjadi lupa
bila cinta yang didamba
berpaling
muka
Cinta dan
cita-cita bersaing
menuju hala walaupun
bersengketa
Cinta
pada manusia
susah untuk sempurna
adakala berbalas
curiga
Cita-cita
pecah dan punah
akibat cinta.
zulbahri hussin
Taman Kerang
Kuantan Pahang, 23/3/2011. Dalam diri ada cinta dan cita.
Sabtu, 19 Mac 2011
AKU
Taman Gelora Kuantan.....guni2 pasir disusun rapi sebagai penahan ombak. Hakisan menyebabkan pokok disekitar pantai ini tumbang. Inisiatif dari pihak perbandaran menyusun gini2 pasir sebagai benteng ombak haruslah dihargai. Sayangi pantai kita,untuk kita dan juga generasi akan datang.......kembali kepantai ini....sekali ombak menerjah sekali pantai berubah.....
sempat juga berilusi.............
AKU
Kurenang
lautan bara
demi cinta
Aku merenung awan biru
ilhamku
telah hilang
telah gelap gelita
telah terpisah
laut dan pantai
Aku
belum hilang
pedoman
aku
belum hilang
ingatan
Akulah
lelaki
menangis dalam
hati
Egoku
kusembunyi
tertawaku
pasti.........
Dipantai yang
pecah ini
merekah gelisah
kukunci
tabah.
zulbahri hussin Taman Gelora Kuantan.
20. 3. 2011.
sempat juga berilusi.............
AKU
Kurenang
lautan bara
demi cinta
Aku merenung awan biru
ilhamku
telah hilang
telah gelap gelita
telah terpisah
laut dan pantai
Aku
belum hilang
pedoman
aku
belum hilang
ingatan
Akulah
lelaki
menangis dalam
hati
Egoku
kusembunyi
tertawaku
pasti.........
Dipantai yang
pecah ini
merekah gelisah
kukunci
tabah.
zulbahri hussin Taman Gelora Kuantan.
20. 3. 2011.
Khamis, 10 Mac 2011
PULANGKAN
Ni pantai Taman Gelora....dekat Tg Api.......orang Kuantan tau laa.............
Hari cuti ramai datang kat sini..............bawa keluarga makan-makan.......
PULANGKAN
Awan
tutuplah resahku
aku keliru antara renyai hujan
ribut meluru
Hujan
curahkan titismu
aku haus
antara panas mentari
kemarau panjang
Langit
layarkan kecerahan
agar aku
keriangan.
zulbahri hussin 11/3/2011.
Taman Gelora. Kuantan.
Hari cuti ramai datang kat sini..............bawa keluarga makan-makan.......
PULANGKAN
Awan
tutuplah resahku
aku keliru antara renyai hujan
ribut meluru
Hujan
curahkan titismu
aku haus
antara panas mentari
kemarau panjang
Langit
layarkan kecerahan
agar aku
keriangan.
zulbahri hussin 11/3/2011.
Taman Gelora. Kuantan.
Rabu, 9 Mac 2011
KASIH IBU
Sejak kebelakangan ini ada saja idea.....macam air terjun mencurah curah datang.......tengok zink buruk pun timbul idea.....tengok tin susu ,botol kicap,kain buruk...pun boleh disajakkan.......yang herannya tengok batu ni...selonggok dibawah pokok mempelam........eh geram pula nak lepak2 kat sini ....cuaca panas begini tentu batu ni sejuk,kalau batu ditepi jalan panasnya usah ditanya..........
Kepada rakan rakan blogger yang bergelar ibu.......atau adik-adik yang masih bersama ibu tercinta jom layan sajak KASIH IBU. Sajak ni sengaja saya ringkaskan /pendekkan supaya kita cepat habiskan. Hidup sekarang masing masing sibuk orang dah tak layan sajak panjang-panjang......ini zaman orang makan mi segera..............segera nok wat kerja...o.k..
KASIH IBU
Hati menjadi
batu
keras
sukar dipecahkan
Hati menjadi
redup
tempat batu
berteduh
Hati menjadi
sejuk
setelah direndam
airmata seorang
ibu
Yang pasti
kasih ibu berpadu
sekuat
batu
sayang ibu seluas
laut nan
biru.
zulbahri hussin
kuantan...10/3/2011 - - -kasih ibu terlalu.......kasih kekasih tidak menentu.....kasih kawan2 bila dibelanja makan.....
Hakciptatelahdipelihara.
Kepada rakan rakan blogger yang bergelar ibu.......atau adik-adik yang masih bersama ibu tercinta jom layan sajak KASIH IBU. Sajak ni sengaja saya ringkaskan /pendekkan supaya kita cepat habiskan. Hidup sekarang masing masing sibuk orang dah tak layan sajak panjang-panjang......ini zaman orang makan mi segera..............segera nok wat kerja...o.k..
KASIH IBU
Hati menjadi
batu
keras
sukar dipecahkan
Hati menjadi
redup
tempat batu
berteduh
Hati menjadi
sejuk
setelah direndam
airmata seorang
ibu
Yang pasti
kasih ibu berpadu
sekuat
batu
sayang ibu seluas
laut nan
biru.
zulbahri hussin
kuantan...10/3/2011 - - -kasih ibu terlalu.......kasih kekasih tidak menentu.....kasih kawan2 bila dibelanja makan.....
Hakciptatelahdipelihara.
Ahad, 6 Mac 2011
LUKISAN ANAK-ANAK
Pagi tadi ketika membersih kawasan rumah,menghimpun kertas terpakai penulis terjumpa lukisan anak-anak. Tertera tarikh 21hb 11.2010 dilukis oleh Ahmad Fawaz berusia tujuh tahun.Budak darjah satu..
.
Pada mulanya penulis ingin ronyokkan dan buang saja kedalam tong sampah,buat memyemak.....memang penulis pening dengan kertas yang bersepah sepah..dan tak habis-habis. Ahmad Fawaz anak saudara penulis.....tiap kali bertandang kerumah penulis.....penggorek dan pencil menjadi mangsa,walaupun pencil telah tajam sepenuhnya tapi Ahmad Fawaz tetap berusaha menajamkannya.....
Ahmad Fawaz akan berhenti mengorek pencil setelah dihulurkan sekeping kertas A 4...
Niat dan hajat penulis untuk melupuskan lukisan tersebut terhenti setelah melihat penuh dalam apa yang tersirat dihati budak darjah satu ini.......
LUKISAN ANAK-ANAK
Lukisan
anak-anak
terbina dari
minda yang
tajam
Lukisan
anak-anak
ada cerita
melangkau
usia
Lukisan
anak-anak
pabila ditatap
hidup ini telah
sempurna
Lukisan
anak-anak
tiada noktah
berjalan seiring
denyut nadi
kita.
ZULBAHRI HUSSIN.
Kuantan. 6 mach 20011 dlm minda anak2 ada puisi.
hakcipta terpelihara....
Rabu, 2 Mac 2011
TIGA PINTU
Rumahku
ada tiga
pintu
Pintu utama
zaman remaja
sering terbuka
kawan kawan datang
masuk saja
Pintu dapur
ibuku jarang membuka
kalau dinga-nga
jiran tetangga
bersapa
Pintu tingkap
kadang-kadang tidak
berselak
puas ditanya
tidak ada yang
mengaku
membukanya.
ZULBAHRI HUSSIN.
kuantan
3 mac 2011
Jom layan puisi pendek ni........ada makna yang tersirat.....tidak terlalu abstrak......tak faham............
tak apa ..........adik2 kan ....baru belajar.......
ada tiga
pintu
Pintu utama
zaman remaja
sering terbuka
kawan kawan datang
masuk saja
Pintu dapur
ibuku jarang membuka
kalau dinga-nga
jiran tetangga
bersapa
Pintu tingkap
kadang-kadang tidak
berselak
puas ditanya
tidak ada yang
mengaku
membukanya.
ZULBAHRI HUSSIN.
kuantan
3 mac 2011
Jom layan puisi pendek ni........ada makna yang tersirat.....tidak terlalu abstrak......tak faham............
tak apa ..........adik2 kan ....baru belajar.......
Langgan:
Catatan (Atom)