Pengikut

Jumaat, 26 Mac 2010

KELETIHAN

Pulang dari sekolah terus tidur , keletihan. Tidur buat seketika untuk mengumpul tenaga. Jam empat petang ada latihan sukan tahunan aktiviti sekolah. Merentas desa...... (tak sempat cari bantal kamus dewan abah pun kira oklah)

Khamis, 18 Mac 2010

PEMBERIAN IKHLAS DARI BLOGGER ACHUTRA

Terima kasih kepada blogger achutra di atas pemberian ikhlas majalah Solusi.Majalah berbentuk akademik ini banyak memberi manfaat kepada kami sekeluarga.Ianya amat bersesuaian dan kena pada masanya di mana anak-anak kami memerlukan sumber maklumat berbentuk ilmiah.

Majalah Solusi ini kami akan simpan sebagai kenangan dan bahan rujukan.Untuk blogger achutra terima kasih sekali lagi.Marilah kita meriahkan dunia blog dengan artikel-artikel berbentuk bimbingan kemanusiaan sejagat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...